Sunday, April 10, 2011

KITAB MAGIC!!

KITAB MAGIC!!


            BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
            KERANAMU AKU HIDUP DAN KERANAMU AKU MATI……..
Dalam post aku yang lepas, aku telah katakan begini ;
 Betapa ayat ini memberi panduan dan manual yang sangat jelas kepada kita hidup ini bukanlah tempat mencari keseronokan, bukanlah tempat untuk memungut segala kepuasan nafsu dan tempat untuk hidup selama-lamanya tetapi kita sendiri dicipta mempunyai tujuan yang lebih besar bukan sekadar bersukaria dan mencari kerehatan,.........................”

                Aku rasa korang mesti terfikir, “habis kalu bukan untuk memungut segala kekayaan dan kepuasan nafsu nak buat ape dekat atas dunia ni??, xkan nak duduk saje je……kata ada tujuan yang lebih besar, ape tue??”(xde ah, ni gimik je, xkanlah korang boleh terfikir macam tue)………baiklah jawapannya ialah rujuklah kepada kitab magic……..iaitu kalamullah azzawajalla, Al-Quran…………

                Kenapa aku kata kitab magic??, mesti ada yang kata eish, ape ni menyamakan al-quran dengan kitab magic!! Baiklah aku berikan penerangan tentang perkara ini, al-quran ini sememangnya adalah sesuatu perkara yang sangat ajaib, kerana itulah al-quran ini merupakan salah satu mukjizat yang paling besar, bila menggunakan istilah mukjizat, mukjizat itu sendiri adalah suatu perkara luar biasa seperti yang selalu kamu dengar seperti tongkat menjadi ular, bulan terbelah dua Mesti terlintas dalam fikiran korang, habis kenapa quran tu dinamakan mukjizat pulak? pastu yang paling besar pulak tue…….

                Ini merupakan satu perkara yang susah untuk aku terangkan melainkan buat orang yang sudah merasainya, mereka akan memahaminya………………..kitab ini merupakan antara kitab yang sangat magic, betul2 magic, cuba korang sendiri bayangkan quran telah menceritakan tentang proses kejadian manusia dikala endoscope x lagi dicipta, al-quran telah menceritakan perkara yang akan berlaku pada masa 1400 tahun akan datang, dan sebahagiannya telah benar-benar berlaku, menceritakan tentang sunnatullah dan segala perkara ghaib. cuba cari kitab yang sehebat ini, nescaya korang tidak akan menemuinya.

                Apa yang ingat aku utarakan di sini ialah, kita sangat2 bertuah sebab dapat belajar kitab magic ni, adalah sangat sengallah seseorang itu sekiranya diberikan satu kelebihan yang besar kemudian meninggalkannya begitu sahaja tanpa cuba untuk mendalami dan belajar bersungguh-sungguh apa yang diajarkan di dalam kitab mulia ini……..baiklah, korang mesti kata, “eih, aku dah tau la benda ni, ramai ustaz2 dah cakap!!”, baik sekiranya kamu memercayai kitab ini dan kekuasaannya, di dalam kitab ini diceritakan tentang perkara2 ghaib yang kita tiada kuasa untuk mengkajinya. Perkara ghaib tidak  seperti proses kejadian manusia, apabila al-quran menerangkannya maka saintis ada untuk membuktikannya, tetapi perkara ghaib ini amat sukar untuk dijelaskan kerana manusia amatlah lemah, contohnya seperti ini,………..di dalam al-quran menyebutkan segala benda berzikir kepada Allah, maka aku pernah mendengar sebahagian manusia yang sombong mengatakan bahawa perkara ini dusta kerana mereka tidak pernah mendengar daun2 berzikir,mereka sangka diri mereka terlalu hebat sehinggakan menafikan apa yang tertulis di dalam al-quran,

                “Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari Kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: "sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafa'at supaya mereka memberi syafa'at bagi kami atau (bolehkan) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang telah kami kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang telah mereka ada-adakan dahulu.”al a’raf,52

Jika benar sedemikian, mari kita lihat kepada dunia laut, kita analogikan manusia itu seperti ikan, ketika datang seekor ikan lain yang memberi tahu mereka sebenarnya terdapat dunia lain yang sebenarnya sangat dekat dari kita dan kita tidak dapat melihatnya kecuali sesudah kita ditangkap oleh manusia, ikan itu memberitahu bahawa dunia itu sangat berbeza dengan dunia mereka sekarang, tiada lagi air di sana, dan segala makhluk di sana tidak mempunyai insang dan sangat berbeza dengan mereka……dan begitulah kitab magic ini.  kitab magic ini bercbicara dengan kita tentang hari akhirat, tentang syurga dan neraka, tentang para malaikat, yang sama sekali berbeza dengan kita dan susah untuk kita membayangkannya…….maka tentunya perkara ini juga benar bukan??

Inilah apa yang sebenarnya berlaku kepada kita, sama seperti dunia laut tadi, sekiranya ikan yang mengatakan tentang wujudnya dunia lain iaitu daratan, sudah pasti lebih ramai yang tidak mempercayainya kerana memang fitrah nafsu yang bersifat sangat ego….seperti ikan2 itu tadi, tentu mereka akan mengetawakan ikan yang berbicara demikian dan mengatakan ikan itu bodoh dan gila sehinggalah suatu hari apabila ikan2 tersebut terlekat di jarring, dan dibawa melihat dunia yang pernah diberitahu mereka dahulu, baru mereka percaya dan mereka menyesal. Namun sudah tentu penyesalan mereka hanya sia2 kerana sudah terlambat dan akhirya mereka ditangkap dan dilelong di pasar2, dan begitulah diceritakan di dalam al-quran keadaan manusia yang mendustakan hari kebangkitan itu…………..mereka menyesal namun penyesalan mereka sudah tidak berguna pada masa itu.
”Pada hari itu orang-orang yang kafir dan menderhaka kepada Rasulullah, suka jika mereka disama ratakan dengan tanah (ditelan bumi) dan (ketika itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan Allah.”an nisa, 42

                Maka, ayuhlah kita letakkan keyakinan 100%, dan jadikan diri kita kain putih dan bersedia untuk dicorakkan oleh corak2 daripada al-quran ini. Sesungguhnya kita sangat bertuah kerana telah dibentuk oleh al-quran sehinggakan kita tidak pernah merasakan hidup kita adalah kosong dan tidak bermakna…formatkan otak kita mulai sekarang dan installah software2 daripada 114 software yang terdapat dalam al-quran, nescaya kita akan menjadi computer yang paling canggih dan berguna untuk dimanfaatkan,

                insyaallah, dalam post yang akan datang aku akan jelaskan tentang mengapa kadangkala kita merasakan bahawa mengapa kadangkala kita merasa pemikiran kita tidak selari dengan al-quran…..dan sukar untuk memahami kelebihan perkara yang disuruh di dalam kitab magic ini, wallahu a3lam…..