Tuesday, August 2, 2011

CARILAH TAQWA

 bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ

 "CARILAH TAQWA"

Bila mendengar ungkapan ini, aku terasa ianya lebih dari sekadar ungkapan. sungguh mendalam ertinya untuk diri ini.....

Al-Isra' (17) : 19
وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُوراً
17.19. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu'min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.

Benar, iman dan taqwa itu perlu diusahakan.

Kadangkala kita dengan mudah menyalahkan takdir apabila melakukan sesuatu kesalahan..... tatkala melihat seorang yang beriman, mudah sahaja terlintas di hati kita, "si Ahmad tu memang sikapnya dari kecil lagi begitu. Dia berada dalam keluarga yang saleh, ayahnya ustaz, sebab itulah dia ni baik,"

Namun bagi si Ahmad pula bagaimana?,pernahkah kita Tanya bagaimana pula perasaannya??  Yakinlah, perasaanya sama seperti kita, ya, beliau juga suka untuk menghabiskan masa dengan berhibur, lebih gemar tidur tatkala azan dilaungkan, dan lebih gemar menonton televisyen daripada membaca Al-Quran, lebih suka sekiranya membiarkan sahaja kemungkaran di hadapannya tanpa menegurnya..

Jadi, apakah sebenarnya perbezaan antara Ahmad dengan kita??
Jawapannya ada pada tajuk di atas, ya, dia berusaha mencari taqwa kerana dia sedar bahawa taqwa itulah benda paling penting dalam hidupnya untuk menjadi temannya dan hartanya di dunia dan di akhirat, dia yakin taqwa itu mampu menjaga dan memandunya untuk mendapat keridhaan Sang Pencipta di dunia dan di akhirat.....

            Kita pula bagaimana??

"eish, apa baik sangat nie, malu la, orang kata apa plak nanti",
"eleh, dia nie ape la, buat camtu pun kata x boleh, bukannya dosa besar pun, x open minded la",

(jangan salah faham, taqwa ini bukan aku maksudkan hanya 24 jam di masjid, tetapi taqwa soal hati.maknanya, ketika dirinya berada bersama orang ramai, hatinya masih bersama tuhan)


            Ya, Ahmad sedar itulah tanggapan orang terhadapnya, dan adalah fitrah semua manusia tidak mahu dirinya dibenci oleh manusia lain., Tetapi kerana Ahmad mencari taqwa, dia tetap menjalankan apa yang disarankan oleh Sang Pencipta, kerana dia sedar keredhaan Allah itu lebih besar dari keredhaan manusia, dan dia langsung tidak meminta keredhaan daripada manusia. Sekiranya perbuatannya mendapat keredhaan manusia tetapi mengundang kemarahan Allah, segera dia tinggalkan perbuatan tersebut kendatipun tidak mendapat keredhaan daripada manusia...


            Inilah taqwa sejati, yang dituntut terhadap kita, namun tidak ramai yang mampu melaksanakannya kerana tidak ramai yang benar-benar mahu mencari taqwa, sekadar mengharap taqwa itu akan datang dengan sendiri kepadanya pada masa-masa tertentu, sedarilah bahawa taqwa itu susah untuk dimiliki dan memerlukan mujahadah yang tinggi, carilah taqwa, nescaya taqwa itu dengan hati terbuka hadir untuk kita, wallahu a3lam.
"sesungguhnya telinga aku adalah yang paling dekat dengan mulutku yang menyampaikan"



DIMANA TEMPATKU??

bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ

Ntahlah, setiap kali, hati ini cuba untuk memberitahu aku sesuatu, seolah berbisik kepadaku,"wahai diriku, cukuplah bermalas-malasan", "wahai diriku, usahlah engkau menyakiti dan menzalimi diri ini!!", tetapi saat aku alpa, bisikan-bisikan itu langsung tidak aku ambil peduli, tetap bermalas-malasan, kadangkala aku terfikir seorang diri, mengapa tidak aku berhenti serta merta dari perbuatan-perbuatan lagho dan bermalasan ini, lantas mengambil wudhuk dan membaca al-quran??

Ternyata hati ini sungguh cepat berbolak balik, tatkala sedikit alpa daripada Allah, serta merta hati ini semakin cepat menjauh dariNya, walaupun Sang Pencipta sering sahaja menunggu hambanya untuk dekat dengannya. Malah, menunggu-nuggu taubat hambanya kepadanya kerana kasih sayangnya terhadap diri kita.

Sungguh benar aku bersyukur kerana Sang Pencipta telah menunjukkan aku jalan untuk mendekatkan diri kepadanya, tetapi setiap kali juga aku terkadang lupa untuk mensyukuri nikmat yang diberi sehinggakan timbulnya sikap sambil lewa terhadap perintahmu.........


Timbul persoalan, Bagaimanakah seorang manusia biasa yang mempunyai nafsu seperti aku, mampu untuk tidak tinggal solat malam, apatah lagi solat subuh, seorang manusia seperti aku, sentiasa mengidamkan mati syahid dan sentiasa mengidamkan untuk menunaikan solat subuh................?? Tidak terasa kesakitannya dicabut panah ketika solat lantaran khusyuk, dan sanggup menggadai nyawa demi agama Allah.....dimanakah aku dalam keadaan ini??Alangkah jauhnya diriku daripada kemanisan keimanan manusia yang terdahulu dibawah pimpinan dan madrasah tarbiah daripada Rasullullah sendiri...

Seringkali hati ini menyesal, ya, Menyesal!!  Namun, seketika kemudian, aku tetap melakukan kesilapan yang sama, kadangkala terfikir dimana tempatku di sisi sang pencipta? adakah aku diredhainya ataupun aku dibenci olehnya, sungguh malu diri ini bila mengingatkan kembali amalan-amalan yang dilakukan sungguh sedikit sekali untuk dikatakan sebagai umat islam yang komited dan menjalankan apa yang diperintahkan dan disarankan oleh Allah.......sedangkan amalan yang sedikit itu belum tentu ikhlas dan tidak dipenuhi debu takabur dan riak…….
ingin benar aku menjadi seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam kalamnya iaitu,
Al-Anfal (8) : 2
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
8.2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya betambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Al-Isra' (17) : 109
وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعاً
17.109. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.

Tatkala mengiangati ayat ini, terasa sungguh bertuah kiranya ayat ini Sang Pencipta tujukan untuk diriku, namun adakah apa yang dicirikan oleh Sang Pencipta itu ada pada diriku, aku sendiri sangsi untuk memberi jawapan terhadap persoalan di atas………………