Sunday, May 8, 2011

NASIB ISLAM

KERANA ALLAH AKU HIDUP DAN KERANA ALLAH AKU MATI………

Ish, rasa lama benar tak tulis dalam blog nie, kebelakangan ni network sedikit 'beronar'. Apapun mari kita lihat kepada tajuk di atas, NASIB ISLAM. Baiklah sebelum itu mari kita sama-sama renungkan sebenarnya nasib islam ini berada di tangan siapa? Baiklah, secara spontannya kita akan jawab di tangan umat islam,ataupun mungkin ada yang mengatakan di tangan ustaz-ustaz(kalu ade lah), benar bukan? Baiklah soalan kedua, siapakah umat islam? Kita bukan? Atau dengan lebih tepat akulah umat islam itu. Mari kita gabungkan ayat ini menjadi satu ayat yang tepat dan membawa kepada definisi di atas, maka ayatnya akan berbunyi begini, 'BENAR, NASIB ISLAM BETUL-BETUL DI TANGAN AKU………'. Mungkin ada yang mempersoalkan mengatakan bahawa nasib islam ini berada di bawah jagaan allah, tetapi mari kita selami ayat ini dengan mata hati kita dan anggaplah ayat ini diturunkan oleh pemerintah agung dan perintah ini wajib diamalkan oleh seluruh rakyat jelata yang sayang akan pemerintahnya…..

Maka tatkala Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum yahudi), berkatalah ia: "Siapakah penolong-penolongku (di dalam perjalanku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?". Orang-orang "Hawariyun" (Penyokong-penyokon Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).", al-imran, 52.

Memang benar islam itu dibawa jagaan allah, tetapi Allah telah menjadikan tentera-tentera dari kalangan umat islam yang menjadi agen atau faktor terpeliharanya nasib agama islam di muka bumi ini. Dan tidakkah kita mahu menjadi salah satu daripada tentera-tentera ini yang allah telah janjikan kejayaan kepada mereka, seperti di dalam firmannya juga…..

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.maidah, ayat 35.

Secara sedar atau tidak, Allah menyeru orang-orang yang beriman ataupun orang yang percaya akan wujudnya sang penguasa segala jiwa dan makhluk di bumi dan percaya akan hari kebangkitan supaya bertakwa atau takut kepada allah dengan mematuhi segala perintah dan larangannya untuk mencari wasilah ataupun jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya supaya kita mendapat kejayaan seperti yang saya terangkan di atas.

Baiklah mari kita fikir apakah yang dimaksudkan dengan 'JALAN YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADANYA'. Perkara ini sangat penting untuk kita fahami bahawa Agama islam itu sungguh dinamik dan mengambil kira aspek naluri seorang manusia. Baik, sebelum itu mari kita lihat pengajaran yang boleh diambil daripada sirah rasullullah, qudwah yang paling baik untuk diikuti…atau dengan kata lain dinamakan fiqh sirah.

Sekarang kita merentasi mesin masa dan berada pada zaman Rasullullah s.a.w( korang pun sebut la s.a.w, diharap dalam hati korang boleh menghayati kalimah ini, selawat dan salam(sejahtera) ke atas rasul junjungan ummah), baiklah kita lihat, para sahabat berjuang menggunakan kelebihan yang mereka masing2 ada. Sekiranya iman itu benar-benar dinilai melalui ibadat semata-mata, maka tentunya ketika zaman Rasullullah yang diitiraf oleh nabi sebagai kurun terbaik umat islam itu, para sahabat 24 jam berada di masjid dan solat sunat setiap waktu ,tetapi mari kita lihat bagaimanakah sifat seorang yang benar-benar beriman yang ditunjukkan oleh para sahabat nabi.

Mari kita mengambil contoh Saiditina Uthman bin Affan r.a, beliau ketika hampir wafat menangis teresak-esak kerana mengingatkan kekayaannya dan ketika ditanya beliau mengatakan begini 'aku benar-benar bimbang bahawa Allah hanya memberikan kekayaan kepadaku ketika di dunia dan tidak di akhirat nanti. Namun demikian korang pernah tak terfikir mengapa Saidina Uthman terus berusaha berniaga untuk memungut kekayaan? Hal ini kerana, beliau sedar bahawa kekayaan itu adalah kelebihan dirinya, dan dengan itulah dia menggunakan 'jalan' tersebut untuk dekat kepada Allah,

baiklah, contoh kedua, mari kita lihat Saidina Umar al-Khattab, beliau merupakan seorang lelaki yang gagah perkasa dan sangat ditakuti dan disegani oleh bangsa arab, selepas keislaman beliau, beliau tidak menjadi seorang yang sangat lemah lembut, tidak mudah marah dan sebgainya, benar beliau berubah terhadap sesama islam, tetapi kelebihan beliau itu beliau arahkan kepada islam dengan mempertahankan nabi daripada musyrikin mekah dan menyatakan keislamannya di hadapan penduduk mekah, yang ketika itu islam masih lagi boleh dikatakan di tahap yang agak lemah. Cuba bayangkan kita sendiri sekiranya ingin menegur mereka yang berdua-duaan di taman sudah tentu belum pasti boleh, inikan pula ibarat mencaci bush di hadapan bush sendiri, ngeri bukan.

Baiklah kesimpulannya, mari kita melihat islam itu dari sudut yang lebih luas bahawa ia merupakan agama yang luhur,murni, indah dan selari dengan tatacara kehidupan kita sebenarnya, aku beruntung pada saat ini aku merupakan seorang muslim dan mendapat nikmat islam. Maka, bukanlah nasib agama kita ini di tangan ustaz-ustaz sahaja ataupun di tangan syeikh-syeikh sahaja, tetapi setiap umat islam perlu bangkit untuk membela nasib umat islam. Di dalam buku syeikh yusoff al-qordhowi, bertajuk asas-asas tentang islam( x sure, rujuk balik), mengatakan bahawa bagaimana setiap pejuang yang berperang pada zaman nabi, sentiasa menyebut ketika berjuang pada dirinya NASIB ISLAM, NASIB ISLAM….menunukkan betapa kebimbangannya terhadap agama ini membawa kepada perjuangan…bukan berjuang kemudian mencari sebab mengapa berjuang…harap difahami.

Maka, kita sebagai pelajar, ada tugas yang belum selesai dan tergantung di bahu kita, janganlah kita menjadi seperti apa yang saya sebutkan seperti belajar kemudian mencari sebab mengapa kita belajar….kita sering mendengar bahawa belajarlah kerana Allah, baiklah mari kita benar-benar menghayati kalimah ini, kerana 'jalan' kita adalah untuk dengan menjadi seorang doctor, pensyarah , ustaz ataupun seorang peniaga, petani ataupun kerani, marilah kita sama-sama berganding bahu saling membantu dengan 'jalan' kita untuk membela nasib islam, akulah orang yang akan menjadi penolong agama allah itu, insyaallah. Wallahu a3lam.