Tuesday, December 31, 2013

Definisi seorang doktor?

      Tak lama dulu aku pernah terfikir, apa sebenarnya definisi seorang doktor? Tak kisah apa mereka tafsir doktor ini seorang penyelamat nyawa, seorang yang paling pandai, paling banyak duit dan sebagainya..namun bagi aku. ada definisi yang jauh lebih penting bila bergelar seorang doktor.

      Baru hari ini aku melihat sorang pesakit berumur 7 tahun, kelihatan begitu letih sekali, dengan muka pucat kebiruan, seorang pesakit lagi berumur 2 bulan, sejak dua bulan ibunya berada di hospital disebabkan anak yang sakit 'hydrocephalus' ataupun lebihan bendalir di kepala..ibunya kelihatan begitu muram dan tidak bermaya mungkin kerana sudah dua bulan di hospital.

      Jauh di sudut hati aku, ingin saja aku melihat kedua kanak-kanak itu terus sembuh serta merta lantas bermain-main di laman hospital...pergi ke sekolah dan belajar menuntut ilmu, ibunya tentu gembira menyambut anak di rumah sambil bertanya khabar tentang apa yang dipelajari oleh mereka di sekolah.

     Kemudian aku kembali berfikir tentang diri aku..ya aku mampu membuat perubahan tersebut, aku adalah orang yang diamanahkan untuk menyembuhkan mereka,,, walaupun kini aku hanyalah seorang pelajar perubatan, namun suatu masa nanti aku adalah orang yang boleh membuat perubahan kepada kedua kanak-kanak tersebut.

      Kalau dulu benar aku ada terfikir tentang kemewahan dan kehebatan menjadi seorang doktor, namun kini aku sedar bahawa ada benda yang 1000x lebih penting, menjaga zuriat anak-anak islam dan memperbaiki keadaaan mereka..alangkah bahagia bila anak yang dirawat suatu masa nanti mampu menjadi iman di masjid, guru di sekolah hatta menjadi ahli politik yang amanah sehingga umat islam itu bertambah tambah hebat dan dihormati

      Wahai tuhan, kau berilah kekuatan kepada kanak-kanak tersebut untuk terus tabah dalam kehidupan dan berilah kesembuhan kepada mereka supaya mereka menjadi muslim yang hebat dan mampu membantu agama ini..

      Dan aku pula? aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengkiritik yang lain, dan menumpukan kepada usaha yang boleh aku lakukan untuk membantu agama ini..ya, berusaha bersama teman-teman menjadi antara kelompok doktor muslim yang mahir untuk berganding bahu bersama-sama memberikan yang terbaik untuk anak-anak islam kita.