Showing posts with label self-reflect. Show all posts
Showing posts with label self-reflect. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Definisi seorang doktor?

      Tak lama dulu aku pernah terfikir, apa sebenarnya definisi seorang doktor? Tak kisah apa mereka tafsir doktor ini seorang penyelamat nyawa, seorang yang paling pandai, paling banyak duit dan sebagainya..namun bagi aku. ada definisi yang jauh lebih penting bila bergelar seorang doktor.

      Baru hari ini aku melihat sorang pesakit berumur 7 tahun, kelihatan begitu letih sekali, dengan muka pucat kebiruan, seorang pesakit lagi berumur 2 bulan, sejak dua bulan ibunya berada di hospital disebabkan anak yang sakit 'hydrocephalus' ataupun lebihan bendalir di kepala..ibunya kelihatan begitu muram dan tidak bermaya mungkin kerana sudah dua bulan di hospital.

      Jauh di sudut hati aku, ingin saja aku melihat kedua kanak-kanak itu terus sembuh serta merta lantas bermain-main di laman hospital...pergi ke sekolah dan belajar menuntut ilmu, ibunya tentu gembira menyambut anak di rumah sambil bertanya khabar tentang apa yang dipelajari oleh mereka di sekolah.

     Kemudian aku kembali berfikir tentang diri aku..ya aku mampu membuat perubahan tersebut, aku adalah orang yang diamanahkan untuk menyembuhkan mereka,,, walaupun kini aku hanyalah seorang pelajar perubatan, namun suatu masa nanti aku adalah orang yang boleh membuat perubahan kepada kedua kanak-kanak tersebut.

      Kalau dulu benar aku ada terfikir tentang kemewahan dan kehebatan menjadi seorang doktor, namun kini aku sedar bahawa ada benda yang 1000x lebih penting, menjaga zuriat anak-anak islam dan memperbaiki keadaaan mereka..alangkah bahagia bila anak yang dirawat suatu masa nanti mampu menjadi iman di masjid, guru di sekolah hatta menjadi ahli politik yang amanah sehingga umat islam itu bertambah tambah hebat dan dihormati

      Wahai tuhan, kau berilah kekuatan kepada kanak-kanak tersebut untuk terus tabah dalam kehidupan dan berilah kesembuhan kepada mereka supaya mereka menjadi muslim yang hebat dan mampu membantu agama ini..

      Dan aku pula? aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengkiritik yang lain, dan menumpukan kepada usaha yang boleh aku lakukan untuk membantu agama ini..ya, berusaha bersama teman-teman menjadi antara kelompok doktor muslim yang mahir untuk berganding bahu bersama-sama memberikan yang terbaik untuk anak-anak islam kita.

     

        

Sunday, July 8, 2012

WAHAI HATI!!

                                         Rupanya sudah hampir 2 bulan aku tidak menjengah laman tarbiah aku...banyak sahaja alasan yang diberi hatiku...erm...skrgkan tahun 2...rasanya tidak perlulah aku nak bersusah-susah menulis blog...cukuplah muhasabah itu melalui diri sendiri...insyaallah boleh dan lagi senang....

              itu apa yang hatiku cuba berbicara mengelak segala kekurangan yang ada pada diri..dan terkadang pula manusia itu benar-benar yakin bahawa pikirannyalah yang paling betul dan haruslah dia mengikuti apa yang ada pada pikirannya....namun terkadang aku sendiri merasakan bahawa diri sendiri boleh menjadi musuh kepada kita...

benarlah bhawa hanya tuhan yang mmpu menjaga hati hambanya dia memberi hidayah kepa sesiapa yang dia kehendaki dan dia tutup rapat pintu hidayah itu kepada sesiapa yand dia kehendaki...dan hati ini mula..tidak mustahil imannya ibarat gunung kinabalu pada pagi hari namun pada petang hari seperti longkang kering di musim panas...

teringat aku akan nasihat daripada imam hasan al banna bhawa janganlah kita memandang rendah kepada pembuat maksiat kerana boleh jadi dia menjadi lebih mulia daripada kita suatu masa nanti...kenapa beliau berkata demikian..kerana beliau cukup paham bahawa hati ini sangat cepat berbolak balik...

berapa ramai artis malaysia yang suatu masa dahulu cukup anti dengan kalimah agama,...dakwah dan sebagainya kini menjadi tunjang utama perubahan ummah...berapa ramai golongan yang berada di masjid saat ini satu masa dalam hidupnya seakan melupakan kembalinya ia pada sang rabbani suatu masa nanti......

ramai juga rakan-rakan aku yang sama2 berada di sekolah dahulu yang cukup suka membaca al-quran...memberi nasihat..kini seakan insan yang lain...terkadang lebih dahsyat daripada mereka yang tidak pernah mengenali agama.....

wahai hati....bahaya sungguh sifatmu...
benarlah bahawa hati itu sentiasa memerlukan makanan
seperti juga sistem badan yang sentiasa memerlukan nutrient untuk menjalankan proses metabolisma...sebegitu juga hati....
ianya perlu diisi setiap hari
biarlah sekadar mendaengar al--quran semasa didalam bas
atau mendengar ceramah di dalam youtube walaupun lima minit
namun ianya sangat penting untuk hati kita
kerana sekiranya hati tidak diisi dengan kebaikan
ianya tidak akan kosong
tetapi akan diisi oleh kejahatan yang tidak kita sedari
.......

Wednesday, March 21, 2012

YA ALLAH, TEGUHKAN HATIKU

Ya allah, sungguh indah sekali ciptaanmu, begitu hebat akal yang dikurniakanmu kepada hambamu sehingga daripada akal yang datang dari punca yang sama, mempunyai pemikiran yang jauh berbeza................

benarlah bahawa iman itu menjadi panduan hidup insani....tatkala aku mengenangkan beberapa peristiwa,yang berlaku, aku mendapat sesuatu, ya aqal yang paling sihat ialah akal yang dipandu oleh keimanan........

boleh aku katakan akal itu ibarat pisau, bisa sahaja digunakan untuk kebaikan dan boleh juga diguna untuk kejahatan......kerana akal ini sering sahaja menuntut haknya, sungguh sombong menyampaikan idea dan pandangan walaupun kadang2 pandangan tersebut tersasar daripada landasan syariat islam.

terbayang aku kiranya rasullullah masih ada, apakah setiap percakapan aku dan pemikiran aku diiakan ataupun tidak disetujui olehnya. kerana sering sahaja akal ini salah dipandu malah tetap berasa angkuh dan benar tanpa disedari...........

namun yang hak dan yang batil itu ternyata jelas,, bilamana keimanan datang menjengah sebentar, terasa tiba2 akal seakan menukar hala tujunya, ketika mereka berbicara, iman memberitahu bahawa percakapan tersesbut hak ataupun batil...ya kerana fitrah islam itu tidak pandai menipu, jauh di sudut hati ada bisikan yang memberitahu perkhabaran ini benar atau palsu.....

ya, kadangkala tidak mudah orang memahami dan tidak mudah untuk kita memahami, maka terimalah keistimweaan ini seadanya.......kerana rasullullah sering sahaja meraikan syura dan musyawarah agar setiap pandanga diraikan dengan sewajarnya, kerana khilaf ulama itu rahmat, kerana perbezaan watak itu indah..........lebih-lebih lagi apabila dipandu, bukankah umar itu garang orangnya, ali itu pencinta ilmu, dan saidina uthman lembut orangnya..........dan sekiranya iman itu diraikan, setiap idea yang batil ternyata zahar dan terang buat kita, maka janganlah kau biarkan diriku dihanyutkan dan dileburkan dengan kebatilan.......

Monday, March 12, 2012

KERANA UMUR ITU BERHARGA....

Tatkala melihat kembali umur yang telah berlalu pergi, terasa begitu pantas masa berlalu, aku masih teringat lagu ini, saat aku dengari lagi ini, adalah ketika 13 tahun yang lalu, ya 13 thun yang lalu, seakan baru sebentar aku tinggalkan lagu itu, dan jasadku telah begitu banyak berubah, ntahlah, makin aku dapat membayangkan saat tuaku dan matiku juga begitu hampir. kadang2 aku merasai bahawa kehidupanku di dunia ini benar2 singkat, tatkala terfikir tentang apa yang telah aku jalani sepanjang hidup ini, terasa benar betapa alpa dan kerugiannya aku,

mengingat kembali apa yang telah dapat dicapai sultan al-fateh pada umur ini, salahuddin al-ayyubi pada usia ini, terasa begitu kerdil dan lemah, melihat diri ini tiada apa yang boleh dibanggakan, bukan kejayaan dunia itu yang dicari tetapi pencapaian itu seakan menjadi bukti ktaatan dan nilai masa yang dikurniakan sang rabbani, walaupun aku sedar, bukanlah kejayaan itu menjadi pengukur keimanan diri,kerana  mata ini menjadi saksi, melihat berapa ramai di luar sana aku lihat, megah dengan pencapaian yang cukup gemilang,megah dengan begitu hebat kekayaannya, tetapi bila bercakap soal agama, seakan mereka begitu layu dan goyah dengan keercayaan mereka sendiri.

dan orang yang aku maksudkan itu juga termasuklah diri aku sendiri, namun dengan mencari kadang kala Sang pencipta tidak membiarkan kita bersahaja dan menunjuk jalan kepadanya. ya, satiap manusia itu ada kelemahan dan kelebihannya, kadangkala kita mencari yang sempurna pada mata manusia sehingga lupa pandangan sang pencipta terhadap kita, ....ya biarlah, kita dibenci di mata manusia asal di sisi allah, kita diredhainya, bukan senang, tetapi adakah diri ini telah cuba sedaya upaya untuk mendapat redhanya?? lemah untuk aku menjawabnya,

ya allah, aku mohon padamu, kuatkanlah hati ini melawwan godaan hawa nafsu diri dan bisikan-bisikan kejahatan yang sentiasa sahaja menggugat hati dan iman ini, kau kuatkanlah aku dengan kepercayaan kepadamu dan tidak menjadi hamba selain kepada dirimu....

Tuesday, August 2, 2011

DIMANA TEMPATKU??

bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ

Ntahlah, setiap kali, hati ini cuba untuk memberitahu aku sesuatu, seolah berbisik kepadaku,"wahai diriku, cukuplah bermalas-malasan", "wahai diriku, usahlah engkau menyakiti dan menzalimi diri ini!!", tetapi saat aku alpa, bisikan-bisikan itu langsung tidak aku ambil peduli, tetap bermalas-malasan, kadangkala aku terfikir seorang diri, mengapa tidak aku berhenti serta merta dari perbuatan-perbuatan lagho dan bermalasan ini, lantas mengambil wudhuk dan membaca al-quran??

Ternyata hati ini sungguh cepat berbolak balik, tatkala sedikit alpa daripada Allah, serta merta hati ini semakin cepat menjauh dariNya, walaupun Sang Pencipta sering sahaja menunggu hambanya untuk dekat dengannya. Malah, menunggu-nuggu taubat hambanya kepadanya kerana kasih sayangnya terhadap diri kita.

Sungguh benar aku bersyukur kerana Sang Pencipta telah menunjukkan aku jalan untuk mendekatkan diri kepadanya, tetapi setiap kali juga aku terkadang lupa untuk mensyukuri nikmat yang diberi sehinggakan timbulnya sikap sambil lewa terhadap perintahmu.........


Timbul persoalan, Bagaimanakah seorang manusia biasa yang mempunyai nafsu seperti aku, mampu untuk tidak tinggal solat malam, apatah lagi solat subuh, seorang manusia seperti aku, sentiasa mengidamkan mati syahid dan sentiasa mengidamkan untuk menunaikan solat subuh................?? Tidak terasa kesakitannya dicabut panah ketika solat lantaran khusyuk, dan sanggup menggadai nyawa demi agama Allah.....dimanakah aku dalam keadaan ini??Alangkah jauhnya diriku daripada kemanisan keimanan manusia yang terdahulu dibawah pimpinan dan madrasah tarbiah daripada Rasullullah sendiri...

Seringkali hati ini menyesal, ya, Menyesal!!  Namun, seketika kemudian, aku tetap melakukan kesilapan yang sama, kadangkala terfikir dimana tempatku di sisi sang pencipta? adakah aku diredhainya ataupun aku dibenci olehnya, sungguh malu diri ini bila mengingatkan kembali amalan-amalan yang dilakukan sungguh sedikit sekali untuk dikatakan sebagai umat islam yang komited dan menjalankan apa yang diperintahkan dan disarankan oleh Allah.......sedangkan amalan yang sedikit itu belum tentu ikhlas dan tidak dipenuhi debu takabur dan riak…….
ingin benar aku menjadi seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam kalamnya iaitu,
Al-Anfal (8) : 2
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
8.2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya betambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Al-Isra' (17) : 109
وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعاً
17.109. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.

Tatkala mengiangati ayat ini, terasa sungguh bertuah kiranya ayat ini Sang Pencipta tujukan untuk diriku, namun adakah apa yang dicirikan oleh Sang Pencipta itu ada pada diriku, aku sendiri sangsi untuk memberi jawapan terhadap persoalan di atas………………




Thursday, June 30, 2011

SABAR NIKMAT VS BALA

bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ

    Syukur diatas segala nikmat kelapangan yang Sang Pencipta anugerahkan buat diriku sehingga mampu untuk aku kembali memberi pesanan kepada diriku sekali lagi……..sesungguhnya nikmat ini bukanlah suatu nikmat yang mudah diperolehi terutama lagi untuk kembali bermuhasabah dan merenung betapa kerdilnya dan lemahnya diriku yang disifatkan sebagai hamba..

    Hidup yang penuh dengan nikmat dan bala yang silih berganti sering menjadikan diriku kadangkala gagal untuk melawan segala ujian ini, walaupun aku tau, bahawa inilah sunnah kehidupan untuk Sang Pencipta menguji sejauh mana keimanan hambanya kepadanya dengan firmannya kepada diri ini…

Hud (11) : 7
وَهُوَ الَّذِي خَلَق السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاء لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَلَئِن قُلْتَ إِنَّكُم مَّبْعُوثُونَ مِن بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ إِنْ هَـذَا إِلاَّ سِحْرٌ مُّبِينٌ
11.7. Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya , dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata".

      Malu rasanya terhadap diri ini bila terkenangkan kata-kata seorang ustaz yg amat aku hormati, Ustz Alias, bahawa kebangkitan ummah ini adalah oleh orang yang menderita. , pilu rasanya apabila beliau menceritakan bagaimana kehidupan  sahabat-sahabat nabi yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan demi menegakkan agama hak di bumi ini sehinggakan Rasullullah, seorang pemimpin pada masa itu sanggup mengikat perutnya kerana lapar. Bengkak kakinya kerana kuat beribadat, hanya tidur di atas pelepah tamar yang tidak pernah selesa.

       Teringat pula aku kepada Mus'ad bin Umar,seorang anak jutawan yang akhirnya mati dibaluti rumput kering kerana memilih islam……dan bagaimana para sahabat lain disiksa hanya kerana mereka memilih kalimah la ilaha illa allah daripada kesenangan duniawi……
    Al-'Imran (3) : 142
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ
3.142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.

    Hatiku sayu bila Teringatkan hadis nabi yang berbunyi, Diriwayatkan daripada `Amru bin `Auf r.a.; ..............Sabda baginda:" Bergembiralah kamu dan tunggulah apa yang Allah permudahkan untukmu, Demi Allah, tidaklah kefakiran itu yang aku bimbang menimpamu, akan tetapi aku bimbang dan takut sekiranya dunia ini dibentangkan kepada kamu sebagaimana ia dibentangkan kepada orang yang sebelum kamu, lalu mereka berebut-rebut sebagaimana kamu berebut-rebut untuk mendapatkannya, dan (akibatnya) ia melalaikan kamu sebagaimana ia telah melalaikan mereka itu".[1]

     Aku bimbang sekiranya akulah yang orang yang disabdakan oleh nabi itu. Benar, aku mengakui bahawa bersabar di atas bala itu jauh lebih mudah daripada bersabar di atas nikmat yang dikurniakan Allah. Malah, sunnahtullah juga menceritakan bagaimana bersabar di atas nikmat itu jauh lebih sukar daripada bersabar diatas bala.

        Teringat, bagaimana Pasukan pemanah yang ditugaskan oleh nabi ketika Perang Uhud supaya tidak meninggalkan Jabal Rumman gagal untuk mengikuti perintah nabi,  apabila nikmat dunia dibentangkan kepada mereka, sedangkan mereka adalah para sahabat dan keimanan mereka begitu jauh lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan diri ini.

        Begitu juga,  Zaman khalifah Uthmaniah yang penuh dengan kemewahan sehinggakan bangunan istananya diperbuat daripada Kristal, biliknya dihiasi penuh dengan emas dan permata dan kesenangan yang melimpah ruah akhirnya menyebabkan tamadun islam yang dibina oleh para sahabat yang tidak pernah merasa senang itu runtuh….

         Benarlah kata imam syafie ketika ditanya mana yang lebih baik, bala atau tamkin, beliau menjawab, bukankah bala dahulu sebelum tamkin……benar, oleh kerana pemimpin pada masa itu tidak merasa ujian dan dibentangkan nikmat di dalam dulang emas, mereka akhirnya alpa dan gagal untuk terus memegang dan berjuang demi agama yang mulia ini.

    Aku pula bagaimana?? Hidup dalam kemewahan, sentiasa dalam kekenyangan dan jarang sekali berasa lapar. Tidur diatas katil yang empuk bersama selimut yang selesa, tidak pernah rungsing tentang wang ringgit….. adakah aku mampu untuk berjuang dalam keadaan mewah seperti ini?? Adakah layak untuk aku mendapat tempat seperti mana para sahabat ditempatkan di sana nanti?? Bagaimanakah aku akan berhadapan dengan mereka dan dibandingkan amalan nanti?? Sungguh takut apabila aku cuba untuk menjawab persoalan ini………………………………………………