Saturday, July 9, 2011

berbaktilah!!!!!

bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ
Masa berlalu dengan begitu pantas sekali, sedar tidak sedar, sudah hampir setahun aku berada di bumi ambia ini. sering kali hati ini mengucap syukur keatas segala kurniaan dan nikmat yang tidak terhingga diberikan oleh Sang Pencipta walaupun diri ini sentiasa saja alpa dan lalai terhadapNya.

            Peristiwa waktu subuh sebentar tadi aku rasakan sungguh bermakna sekali. Sedang aku leka menghafaz juzu 5 yang masih berbaki, seorang lelaki arab berusia dalam lingkungan 40an datang kepadaku, kami berbual dan bertanya khabar kemudian dia menasihati diriku,

            Wahai saudaraku, ketahuilah bahawa Agama ini merupakan agama yang mengajak saudaranya hidup bersama masyarakat. Sesungguhnya di dalam surah Al-Mulk, Sang Pencipta berpesan kepada hambanya
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ   
67.2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang  lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

            Benar, Sang Pencipta menyukai hambanya yang gemar beribadat dan berzikir serta selalu membaca al-quran, tetapi ayat   أَحْسَنُ عَمَل membawa maksud lebih dari itu, agama ini bukan sekadar menuntut kita untuk memperbanyakkan amalan, tetapi menambahbaikkan amalan, bukan sahaja membaca Al-Quran dan solat sunat, dan beriktikaf di masjid malahan sekadar bermuka manis, ramah, sabar terhadap kerenah manusia, ikhlas membantu orang yang memerlukan, memuliakan tetamu, berkongsi makanan, bersedekah terhadap sesama makhluk dan amalan-amalan yang dianggap remeh itu juga besar di sisi Allah.


            Kemudian lelaki itu terus menyambung “sekiranya kamu belajar tentang ilmu perubatan, kemudian kamu katakan bahawa ianya tidak penting sama sekali berbanding ilmu agama dan membaca Al-Quran, dan belajar secara sambil lewa, ketahuilah, bahawa tatkala kamu belajar untuk membantu ummah, ianya sangat besar di sisi Allah, bukanlah sekadar amalan kecil, tetapi amalan tersebut, di sisi allah sangatlah besar selagi mana kamu menjalankan hukum wajib seperti solat, puasa dan sedekah.......

            Masyaallah, ayat tersebut segera mengingatkan aku kepada sepotong nasihat daripada Penghulu Para Rasul, dengan sabdanya,
sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang artinya: “Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar menghadapi gangguan mereka itu lebih baik dari pada orang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar menghadapi gangguan mereka.” (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi).
            Benar, islam mengajak kita supaya sentiasa bergaul dengan manusia. Kendatipun begitu, ada caranya, seorang sahabat terkenal yang diiktiraf oleh nabi ilmunya juga berpesan,
Kata ibnu Mas’ud :” bergaullah dengan orang-orang banyak, namun jangan mengikuti perbuatan-perbuatan yang buruk (maksiat). Dan janganlah agamamu kau keruhi (dengan kemaksiatan)”.

            Islam mengajak kita supaya bermuamalat dan berbakti kepada sesama makhluk. sepotong syair daripada imam terkenal iaitu Imam Ghazali sungguh menarik hatiku
“Bila kamu ingin mengikuti petunjuk dari para imam, maka kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan hati yang hilim manakala menghadapi kesusahan (kepahitan) dan hati yang sabar terbentang dalam dada, perlu mengunci lisan, mengendalikan matamu, menyembunyikan rahasiamu, dan hanya dilihat Tuhan saja, namamu jangan terkenal, tutup pintumu, senyum mulutmu, perutmu lapar, hatimu luka, daganganmu sepi, pangkatmu tenggelam dan keburukanmu terkenal, dan setiap hari menelan perasaan pahit dari pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut, siangmu sibuk mengislahkan orang-orang tanpa membangkit-bangkit, malammu rindu kepada Tuhan, sepi dari pandangan, ambillah kesempatan pada malam itu, jadikanlah ia jalan dan persiapkan untuk hari qiyamat, yang dizaman itu/ dihari itu sulit sekali mencari jalan”.
           Aku bersyukur dan berterima kasih kepada Sang Pencipta kerana ditempatkan dalam kalangan sahabat yang cukup mesra dan sentiasa menegur dan menasihatiku tatkala hati ini lalai dan jauh dariNya."sesungguhnya telinga aku adalah yang paling dekat dengan mulutku yang menyampaikan"
wallahua3lam....

2 comments: