Tuesday, August 2, 2011

CARILAH TAQWA

 bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ

 "CARILAH TAQWA"

Bila mendengar ungkapan ini, aku terasa ianya lebih dari sekadar ungkapan. sungguh mendalam ertinya untuk diri ini.....

Al-Isra' (17) : 19
وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُوراً
17.19. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu'min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.

Benar, iman dan taqwa itu perlu diusahakan.

Kadangkala kita dengan mudah menyalahkan takdir apabila melakukan sesuatu kesalahan..... tatkala melihat seorang yang beriman, mudah sahaja terlintas di hati kita, "si Ahmad tu memang sikapnya dari kecil lagi begitu. Dia berada dalam keluarga yang saleh, ayahnya ustaz, sebab itulah dia ni baik,"

Namun bagi si Ahmad pula bagaimana?,pernahkah kita Tanya bagaimana pula perasaannya??  Yakinlah, perasaanya sama seperti kita, ya, beliau juga suka untuk menghabiskan masa dengan berhibur, lebih gemar tidur tatkala azan dilaungkan, dan lebih gemar menonton televisyen daripada membaca Al-Quran, lebih suka sekiranya membiarkan sahaja kemungkaran di hadapannya tanpa menegurnya..

Jadi, apakah sebenarnya perbezaan antara Ahmad dengan kita??
Jawapannya ada pada tajuk di atas, ya, dia berusaha mencari taqwa kerana dia sedar bahawa taqwa itulah benda paling penting dalam hidupnya untuk menjadi temannya dan hartanya di dunia dan di akhirat, dia yakin taqwa itu mampu menjaga dan memandunya untuk mendapat keridhaan Sang Pencipta di dunia dan di akhirat.....

            Kita pula bagaimana??

"eish, apa baik sangat nie, malu la, orang kata apa plak nanti",
"eleh, dia nie ape la, buat camtu pun kata x boleh, bukannya dosa besar pun, x open minded la",

(jangan salah faham, taqwa ini bukan aku maksudkan hanya 24 jam di masjid, tetapi taqwa soal hati.maknanya, ketika dirinya berada bersama orang ramai, hatinya masih bersama tuhan)


            Ya, Ahmad sedar itulah tanggapan orang terhadapnya, dan adalah fitrah semua manusia tidak mahu dirinya dibenci oleh manusia lain., Tetapi kerana Ahmad mencari taqwa, dia tetap menjalankan apa yang disarankan oleh Sang Pencipta, kerana dia sedar keredhaan Allah itu lebih besar dari keredhaan manusia, dan dia langsung tidak meminta keredhaan daripada manusia. Sekiranya perbuatannya mendapat keredhaan manusia tetapi mengundang kemarahan Allah, segera dia tinggalkan perbuatan tersebut kendatipun tidak mendapat keredhaan daripada manusia...


            Inilah taqwa sejati, yang dituntut terhadap kita, namun tidak ramai yang mampu melaksanakannya kerana tidak ramai yang benar-benar mahu mencari taqwa, sekadar mengharap taqwa itu akan datang dengan sendiri kepadanya pada masa-masa tertentu, sedarilah bahawa taqwa itu susah untuk dimiliki dan memerlukan mujahadah yang tinggi, carilah taqwa, nescaya taqwa itu dengan hati terbuka hadir untuk kita, wallahu a3lam.
"sesungguhnya telinga aku adalah yang paling dekat dengan mulutku yang menyampaikan"



No comments:

Post a Comment