Monday, September 19, 2011

INILAH PENAWAR ITU....

Aku pernah terbaca buku yang ditulis oleh s.r.covey dalam prinsipnya yang kedua, iaitu 'first thing first', permulaan ayatnya dimulakan dengan menyuruh pembaca membayangkan saat kematian kemudian memikirkan sekiranya ayah ataupun sahabat kita diminta berucap untuk kematian kita, apakah yang kita mahu mereka katakan tentang kita............

buku kedua yang aku baca ditulis oleh seorang pemberita dari menchester, lupa namanya..beliau menceritakan kisah beliau menemu ramah seorang pesakit kanser yang akan meninggal dunia. di dalam temuramah tersebut, pesakit tersebut memberitahu sedemikian, 'kita terlalu sibuk bekerja sehingga kita lupa mengapa kita bekerja, dan di saat akhir kematian, kita  menyesal dan bertanya pada diri kita, adakah berbaloi apa yang aku lakukan sepanjang hidupku,....................................

tujuan aku menceritakan kisah mereka supaya kita sama2 berfikir dan bermuhasabah kembali tentang apakah matlamat kita.........sekiranya matlamat dilupakan kita seperti ingin pergi ke kelantan dari kuala lumpur kemudian melalui jalan untuk ke perak. kita tidak sedar bahawa usaha yang kita lakukan sia2, sehinggalah kita sampai ke perak dan kita sedar bahawa sepanjang seharian perjalanan kita dengan mengorbankan wang, masa dan tenaga adalah sia2, kita tidak sampai ke destinasi yang kita ingini!!!!

Inilah yang berlaku di seluruh dunia kini, setiap insan merintih dan kehausan!!!!, namun tidak ramai yang mahu meminum air yang memang terhidang di hadapan mata malah terus menelan pil2 menghilangkan dahaga yang diwar-warkan mampu untuk mengubat dahaga kendatipun mereka semakin dahaga dengan menelan ubat tersebut. di us sendiri kadar kes bunuh diri semakin meningkat, dan di jepun mencatatkan peratusan yang paling tinggi.(kalu x silap).

Adakah mereka tidak mempunyai wang?? adakah mereka tidak cukup makanan?? adakah mereka berhutang?? TIDAK. cuma mereka lupa, bahawa mereka adalah makhluk insaniah dan ruhiah. bukan fizikal mereka yang kekurangan, tetapi hati mereka, ruh mereka merintih kebuluran, mengeran kesakitan, derita berpenyakit, namun tetap juga mereka menyuap ruh mereka dengan arak, maksiat dan sebagainya dengan harapan sakit mereka akan hilang.

Pencipta kita tahu dan paham bahawa penyakit ini akan timbul, dan terlebih dahulu Sang Pencipta memberi penawar kepada kita, penawar yang dicari oleh bangsa eropah dan masyarak moden kini. Siapakah yang lebih mujarab ubatnya daripada pencipta kita sendir, sekiranya sebuah robot rosak, benar robot tersebut boleh cuba membaiki dirinya sendir, namun siapakah yang lebih baik ubatnya berbanding yang mencipta itu sendiri...

kembalilah kepada Pencipta kita, itulah ubat yang paling mujarab, amalkanlah segala suruhan dan tinggalkanlah segala larangannya tanpa banyak bantahan. amalkanlah islam secara keseluruhannya dan bukan sebahagian atau sejuzu darinya, ikutilah jejak langkah assabiqun alawwalun kerana mereka adalah sebaik2 model kita. lihatlah apa yang dilakukan oleh rasullullah dan ikutlah jejak langkahnya. itulah penyelesaiannya. walaupun kehidupan di dunia akan menjadi sukar sekalipun nescaya mata kita tidak menangis apabila bertemu Allah nanti untuk dihisab amalan.

sungguh perkara ini sungguh berat untuk dilaksanakan, ya allah, kau kuatkanlah hatiu dan hati kami untuk sentiasa taat kepada perintahmu dan agamamu. sesungguhya kita memang lemah, namun tidak salah untuk kita mencuba selagi termampu, nescaya allah memandang usaha kita walaupun kadangkala kita tergelincir darinya

Kembali kepada fitrah, ya kita mempunyai hati dan akal yang dikurniakan untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. seorang insan mampu merasa jauh di lubuk hatinya kebenaran itu, tetapi bezanya antara yang bertuah dengan yang tidak, apakah yang dilakukan sebaik sahaja fitrah itu cuba mengetuk pintu hati kita. kerana masyarakat arab jahiliah tahu bahawa islam yang dibawa oleh rasullullah itu benar tetapi bezanya antara abu jahal dan umar al-khattab ialah apa yang dilakukannya setelah mendapat kebenaran itu. allahu a3lam

1 comment:

  1. Seorang pakar jiwa menyatakan:
    “keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuhkan mereka daripada penyakit gelisah, tekanan perasaan, penyakit saraf dan lain-lain."

    ReplyDelete