Friday, December 9, 2011

kita atau mereka??

sebentar tadi baru sudah aku menonton video-video di dalam youtube, menemuramah orang yang baru masuk islam, bagaimana boleh tergerak untuk masuk ke dalam agama islam ini?? apakah perasaan berada dalam agama ini......

...........................................................................................................................................................

daripada ucapan mereka aku merasakan sesuatu yang sungguh menyentuh hatiku. Aku melihat islam sebenar itu ada pada diri mereka...biarlah mereka itu baru sahaja habis belajar membaca al-fatihah, baru m/s yang ketiga membaca raheeq makhtum, baru mengenal ilmu tajwid, tetapi dari ucapan mereka cukup menggambarkan bahawa islam itu berada dalam hati-hati mereka...

BIarlah mereka itu bukanlah orang yang sentiasa berada di masjid, tidak lekang dari mengerjakan solat sunat dan berzikir, namun percakapan mereka menampakkan hati mereka yang tulus dan mencintai agama ini, ya, mereka lebih terbuka, menghayati islam dalam kehidupan mereka tidak kira semasa mereka bekerja atau bermuamalat dengan orang lain.........

Aku masih teringat kata-kata salah seorang daripada mereka, bahawa aku bersyukur kerana aku mengenali islam sebelum mengenali umat islam...masyaallah, alangkah malangnya kita sekiranya kitalah orang yang menjadi fitnah kepada agama ini, sehinggakan agama ini menjadi penghinaan disebabkan oleh diri kita...

mereka yang baru memeluk islam itu menangis tatkalam mana mereka membuka lembaran al-quran, bersungguh-sungguh mendengar khutbah dan ceramah agama di masjid, tenang matanya tatkala mana mula mengangkat takbir, rendah hatinya tatkala mana menadah tangan kepada Rabb, lapang dadanya tatkala berjumpa dengan umat islam yang lain, murah senyumannya dikala berbicara dengan sahabat dan elok budi-pekertinya...

Marilah kita fikirkan sejenak, sekiranya kita ini masih belum mengenali agama ini, adakah kita mencintai agama ini disebabkan oleh kita perlu mengerjakan haji, beribadat dan sebagainya? tidak bukan, kita pasti mencintai agama ini kerana keindahan ajaran yang dibawanya, mengajar kita bertolak ansur, melihat budi pekerti luhur insan, dan apabila kita masu ke dalam ajaran ini, barulah hati kita merasa perlu untuk berterima kasih kepada allah dan menunukkan ubudiah kita, lantas kita melaksanakan solat dan mengerjakan amal ibadah tanda ketaantan kita.....

namun aku melihat sikap ini kebanyakannya ada pada mereka, mereka bukanlah meninggalkan semua harta dan pekerjaan mereka tatkala masuk islam, lantas beriktikaf di masjid untuk beramal ibadat tetapi mereka tetap mereka yang dulu, tetapi bezanya hati mereka kini bukan lagi milik dunia, benar mereka bekerja dan berkeluarga, tetapi itu semua adalah unutk mendapt kereddhaan daripada allah, dan membantu agama ini....wallahua3lam

No comments:

Post a Comment