Sunday, March 6, 2011

KEMULIAAN ISLAM............

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
KERANAMU AKU HIDUP DAN KERANAMU AKU MATI...........

              Urm, dok tengah relek2 lepas study tadi, tiba2 terpikir nak tulis blog nie......pertama sekali aku cerita siket pasal tajuk nie...........kenapa ye aku kata 'kemuliaan islam'?? kerana sebenarnya betapa kemuliaan ini sangat indah dan menenangkan dan tidak boleh untuk diungkapkan dengan kata2..........dan hanya boleh dikecapi dengan hidup dibawah bayangan islam sahaja.........

              Baiklah, ingat x dalam tajuk blog aku yang lepas aku ada sebut perkataan macam nie........."sekiranya para sahabat dapat melihat sendiri cara hidup kita seharian, tentu dia akan sedih dan sukar untuk percaya. kerana mereka paham tentang islam dan mereka tidak akan percaya umat islam boleh berkelakuan seperti kita sekarang..."

              Sekarang apakah maksud 'paham itu'????....untuk memudahkan korang, aku bawak satu kisah yang aku rasa korang semua dah tahu.....sebelum tu, aku nak korang sedar dengan sebenar benar sedar dan keyakinan, bahawa setiap watak dalam kisah ni menusia biasa, mereka mempunyai perasaan seperti kita, mempunyai nafsu seperti kita, juga malas untuk bangun subuh seperti kita dan suka tengok tv macam kita( kalu mase tu ada tv la....)Kisahnya begini, sekali lagi aku mintak korang semua bayangkan dengan hati korang bukan sekadar baca.......

             lelaki ini merupakan seorang lelaki yang sangat panas baran, (korang bayang la macam mana perangai kawan korang yang panas baran....) dan sangatlah jahat, hidup yang setiap hari terjebak dengan budaya musyrik dan maksiat, boleh bayang la betapa jahatnya sampai membunuh anak sendiri, kalu korang kenal orang macam ni zaman sekarang, mesti korang x berani nak datang dekat dan mesti korang doakan supaya dia ni mati cepat, tetapi setelah memeluk islam, perangai lelaki ini berubah kalu x 100% pun dalam 85%. Yang selama ini perangai yang jika dibandingkan dengan kita boleh kata jauh lebih baik daripada lelaki ini tetapi setelah mendapat islam, lelaki ini menjadi seorang lelaki yang sangat mulia......

             Aku agak pelik bila dibacakan kisah-kisah zaman sahabat, kita akan kata, "diorang lain zaman dulu, zaman kita berbeza,zaman sekarang susah nak baik macam diorang dan kita tak macam diorang". Baiklah, saya ajukan satu soalan, adakah ketika itu semuanya baik?? sama sekali tidak!! kehidupan budaya jahiliah boleh dikatakan kalau tidak lebih teruk pun lebih kurang sama dalam situasi sekarang. Baiklah, kisah yang telah saya ceritakan ini adalah berkenaan seorang sahabat, yang bernama saidina umar al-khattab, jangan bayangkan beliau semasa keislamannya tetapi tengoklah latar belakang beliau dari lahir sehingga memeluk islam, tidak melampau sekiranya aku katakan korang jauh lagi baik, tetapi setelah keislaman beliau, beliau seperti seorang yang ternyata berbeza. Persoalannya, mengapa beliau boleh berubah sebegitu rupa setelah memeluk islam?? inilah persolan yang saya cuba untuk huraikan pada hari ini, iaitu tidak lain tidak bukan kerana KEMULIAAN ISLAM.....

          Apa yang telah aku tulis di atas untuk menggambarkan kemuliaan islam yang hanya boleh aku sampaikan dengan cerita dan bukan kata-kata...... Baiklah, korang mesti kata "aku juga orang islam dan beragama islam, apasal aku tak jadi macam tu dan tidak merasai kemuliaan islam sehingga ke tahap tu?, walaupun aku islam aku rasa malas je nak g solat.!!"

          baiklah, sebenarnya islam ini merupakan satu agama yang bersambung dari zaman Nabi Adam sehinggalah kita sekarang,seperti firmannya,

         Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat). As-syura,13.

              setiap umat yang lahir di muka bumi ini telah diberi peluang untuk mengenali agama ini dan diberi pilihan untuk memilinya atau tidak......Masih tidak jelas?? baiklah, saya akan cuba huraikan dengan lebih terperinci......setiap kaum diutuskan nabi  untuk mengajak mereka menyembah allah yang maha esa ,dan kita juga sama, kita diutuskan Rasullullalh, Maknanya, kita adalah sebahagian umat-umat ini. cuma  masa sahaja yang membezakan antara kita dengan umat terdahulu kerana kita dilahirkan kemudian berbanding mereka, dan mereka juga terlebih dahulu diuji berbanding kita. apapun, mereka dan kita tetap diuji dengan berkara yang sama seperti pangkat dan harta, wanita dan kesenangan dunia. mereka telahpun melalui lorong-lorong dan hari-hari hidup mereka sama seperti kita sekarang dan mereka telahpun ditamatkan ujian tersebut, dan telah menanglah sebahagian daripada mereka dan telah rugilah sebahagian daripada mereka. Namun, atas rahmat dan kasih sayang Allah terhadap umat Rasullullah, Allah telah ceritakan kesilapan dan penyesalan mereka supaya kita mengambil pelajaran,dan supaya kita tidak boleh memberi alasan untuk mengatakan kita tidak tahu tentang agama ini dan balasan yang akan diberikan kepada kita apabila dibangkitkan nanti. benarlah di dalam al- quran menyebutkan,

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).Al-An’am, 130.


             Sebenarnya saya menceritakan perkara ini supaya kita sedar bahawa berkara ini adalah perkara yang amat serius dan agama ini bukanlah sebahagian daripada kehidupan tetapi kehidupan kita adalah sebahagian daripada agama ini, dan untuk menyedarkan kamu bahawa agama ini adalah sesuatu yang sangat mulia dan tinggi darjatnya di sisi allah kerana inilah antara punca kita diciptakan oleh allah.


               "Habis apa yang perlu kitorang lakukan??"....di dalam al-quran memberi panduan lagi kepada kita bagaimana untuk menjadi orang yang untung itu kerana Allah yang bersifat Al-3alim tahu bahawa fikiran manusia sangat terhad dan tidak mampu melawan nafsunya tanpa bimbingan daripada Allah dan akan hilang punca sekiranya tidak dibimbing oleh Al-Quran................ Allah telahpun menjawab soalan kamu di dalam firmannya., inilah perkara yang membezakan hidup kita dengan hidup seseorang yang bukan islam…


               Rasullullah datang dengan memperkenalkan kepada para sahabat tentang apa yang tidak pernah mereka fikirkan iaitu kewujudan penguasa dan pengatur alam ini iaitu Allah swt........memberi tahu para sahabat bahawa dunia ini bukanlah tempat terakhir perjalanan hidup mereka dan hidup di dunia ini adalah sebahagian kecil daripada perjalanan setiap daripada kita, bahawa kewujudan hari akhirat itu benar dimana pada hari itu segala perkara yang luput dan tidak adil di dunia akan dibalas pada hari itu, dan hari itu sangat hampir dalam kehidupan manusia, dimana dunia ini adalah sebagai permainan dan tipu daya untuk menguji keimanan kita, seperti firman allah


                 Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.al-kaff, ayat 7


                    Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.al-kaff, ayat46


                   Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa. az-zukhruf, ayat 35

        Betapa ayat ini memberi panduan dan manual yang sangat jelas kepada kita hidup ini bukanlah tempat mencari keseronokan, bukanlah tempat untuk memungut segala kepuasan nafsu dan tempat untuk hidup selama-lamanya tetapi kita sendiri dicipta mempunyai tujuan yang lebih besar bukan sekadar bersukaria dan mencari kerehatan,.........................kerana seorang penyair pernah menukilkan ayat berikut


        'wahai manusia, kesenanganmu di dunia adalah tipu daya, dan keseronokan di dunia hanyalah sementara, tiada kerehatan bagimu di dunia ini, melainkan kerehatan di dalam kubur........


RENUNG-RENUNGKANLAH..................................

Insyaallah sekiranya ada kesempatan aku  akan huraikan dengan lebih teliti tentang tajuk ini, wallahua3lam.

4 comments:

  1. selalunyer mula minat dengan blog nie ader 3 makna...

    bg satu2 dulu.. huhu

    1- sbb rasa study pon banyak2 result sama jer.... sbb tue cari benda baru yg mendatangkan kebaikan dan meluaskan pengalamam...


    kalo yg nk kedua... follow me..

    ReplyDelete
  2. jadi antara dua kemungkinan tersebut aku pilih yang pertama, ha3, xde ah, ni salah satu cara untuk menambahkan ilmu dan amal.............

    ReplyDelete
  3. hahha... btol tue... tulis jer.. sbb ko kt sana tue banyak input... so.. tempat nk luahkan tue.. kt snie jer lar..
    'hahaha..

    tk per2.. ak support

    ReplyDelete
  4. bagus, menunjukkan ciri2 seorang abang yang baik dan macho.tahniah!!

    ReplyDelete