Friday, March 4, 2011

PARADIGMA KITA!!!

           Hari ini aku rasa macam nak kupas topik ni sket, tajuknya berbunyi paradigma kita, apakah yang dimaksudkan paradigma kita?? dalam buku Stephen R. Covey menyebutkan bahawa cara manusia memandang sesuatu perkara..................Maksudnya?? analogi yang cukup mudah diberikan apabila kita melihat orang yang sedang memakai selipar terbalik......manusia akan menunjukkan pelbagai paradigma yang berbeza, si A akan berfikir bahawa lelaki tersebut mungkin gila dan si B akan berfikir bahawa lelaki tersebut dalam keadaan gopoh dan tidak sedar dia memakai selipar terbalik. manakala ada kemungkinana si C tidak berfikir tentang itu tetapi berfikir untuk membelikan selipar buat lelaki tersebut, tidak kira apa masalah beliau.......sebenarya perkara ini telahpun diberitahu oleh islam seperti dalam hadith baginda;
               " Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.' hadis arba3en, karangan Imam Nawawi...
         Mari kita lihat perkara ini dari aspek tajuk di atas, perkara ini sebenarnya adalah suatu perkara yang sangat konpleks terutama bila dikaitkan dengan masalah umat zaman sekarang....terutama dari aspek keislaman, sebelum tu, aku nak bagi satu imaginasi, tarik nafas dalam2 dan jangan fikir untuk kritik, dalami setiap patah perkataan dan cuba untuk bayangan, ( ini juga salah satu cara untuk korang melatih otak kanan korang) sebab kajian menunukkan manusia dewasa menggunakan otak kiri sebanyak 80% berbanding zaman kanak2 mereka yang menggunakan otak kanan sebanyak 80%, apapun lari topik pulak, kita cerita lain kali ok yang nie.......)..
          Hari nie korang pergi solat subuh kat MASJID K, pastu korang dengar kawan korang nama Hazim(bukan nama sebenar), telah menafkahkan seluruh duit dan rumahnya untuk anak yatim dan Halim(bns) pula telah berkata kepada majikannya bahawa dia mahu bekerja tanpa gaji, kemudian kamu bersiap untuk ke kuliah, di dalam bas, semua sedang membaca al-quran serta orang yang kutip duit tu, setelah selesai mengutip duit, dia berceramah tentang islam, kemudian kamu masuk kelas, sebelum mengajar, lacturer bertanya kepada semua pelajrnya, adakah yang telah bersedekah pada hari ini, dengan selamba,semuan mengangkat tangan, kemudian lecturer tersebut bertanya lagi, siapa yang solat malam pada hari ini, sekali lagi semua mengangkat tangan, kemudian lecturer bertanya lagi siapa yang sudah berzikir mencecah 1000 kali, sekali lagi semua angkat tangan, kemudian apabila mengajar lecturer kata begini
             " Di dalam badan kita yang diciptakan berdasarkan Al-Hakim Allah, terdapat suatu sistem ciptaanNya yang agunh diberikan kepada hambanya yang sangat dhaif, iaitu sistem saraf, terdapat 2 kontrol sistem iaitu "brain' dan 'spinal chord, sistem ini dilindungi dengan begitu rapi oleh vertebra kita yang di tengahnya terdapat invertebra disk yang dilluarnya sangat keras dan di dalamnya seperti gel. terdapat salur darah yang sangat kompleks dan hampir 15 muscle yang berbeza untuk memegang dan menggerakkan tulang belakang ini, setiap muscle mempunyai fungsi yang tersendiri. di dalam al-quran telah menyebutkan 
                    " Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan   
                     Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu."
             Kemudian profesor tersebut menyambung," saya cabar kamu buat benda seperti ini, dan beranikah kamu kata penciptaan yang sangat teratur seperti ini terjadi secara semulajadi? JAWAB DENGAN JUJUR."
"maka sekiranya kamu mengakui kewujudan tuhan maka ketahuilah bahawa neraka dan syurga itu diciptakan juga oleh kuasa yang sama, maka ianya benar2 wujud. maka wajiblah kita mentaatiNya tanda kesyukuran kita terhadapNya. saya harap kamu dapat hafal setiap jenis tulang ini berserta dalil Al-Hakim Allah, insyaallah siapa yang berpuasa hari ni saya bagi markah bonus, baiklah, kita teruskan kepada jenis2 tulang...bla2.
             Kemudian kamu pulang telah hampir masuk waktu zohor, korang tengok segala tempat termasuk dewan makan ditutup buat sementara waktu dan mesyuarat antara dean2 universiti ditangguhkan. Semua menuju ke masjid jamiah untuk solat zohor.yang diimamkan oleh dekan universiti sendiri dan kebanyakan lecturer berada di barisan hadapan.......manakala, ketika waktu petang sedang kamu berada di pdang bermain bola, rakan2 kamu yang sedang beristirehat setela h sibuk bermain asyik berbicara soal akhirat dan persediaan untuk mati...........
               Aku rasa bayangan ini terlalu panjang untuk diteruskan. mungkin korang  terpk sebenarnya apa yang cuba ingin aku beritahu....baiklah, sekiranya aku tanya korang apakah komen korang tentang situasi di atas, korang mesti kata....eish, bapak ah, mustahil doo......lambat lagi nak jadi macam tu......tapi sedarilah hakikat ini, ketika zaman rasullullah., inilah perkara realiti yang berlaku sebenarnya seharian2 dalam hidup diorang, diorang sangat sukar untuk menerima bahawa umat islam bersikap seperti yang nabi sabdakan dalam hadis baginda tentang umat akhir zaman, namun kini, sekiranya para sahabat dapat melihat sendiri cara hidup kita seharian, tentu dia akan sedih dan sukar untuk percaya. kerana mereka paham tentang islam dan mereka tidak akan percaya umat islam boleh berkelakuan seperti kita sekarang... cuba bayangkan kalu kita letak diri kita bersama mereka,ketika waktu lecturer bertanya soalan kepada pelajarnya,hanya kita diam membatu dikala semua orang mengangkat tangan, kemudian ketika solat zohor, hanya kita melayan facebook di dalam bilik, waktu petang ketika mereka berbicara soal akhirat, kta tiba2 menyentuh soal epl.....apa agaknya pandangan diorang terhadap kita.................
                masih x jelas bukan?? baik mari kita kembali kepada keadaan kita sekarang dan kita bawa seorang dari zaman nabi ini kepada zaman kini, ketika orang lain berbual tentang bola, dia tetiba menyentuh tentang akhirat dan mati, tatkala di dlam dewan kuliah medic, tetiba dia bertanya tentang sifat Al-Hakim tuhan yang berkaitan dengan kesempurnaan vertebrae coloum dan spinous process. Apa pula pandangan kita?? saya yakin kita akan kata begini, " apessal dia ni sengal gila,orang belajar medic dia tanya pasal Al-Hakim tuhan, ek elah belagak ar, orang ckap pasal bola belagak baik pulak cakap pasal mati dan akhirat, eish, giler ke dia infak semua harta dia untuk anak yatim". benar bukan........................dan mungkin dia tidak akan mempunyai ramai kawan dan mereka malu untuk mengaku lelaki ini sebagai rakan mereka dan tentunya ramai yang tidak senang dengan lelaki tersebut. Sekerang kita kembali kepada zaman rasullullh, kiranya kamu berperangai seperti sekarang, nescaya kamu akan mengalami nasib yang sama dialami oleh lelaki tersebut.
                Jadi  aku yang cuba sebenarnya nak aku sampaikan ialah percayalah, kita sendiri boleh menilai dalam kedua2 situasi ini, bagaimanakah paradigma kita sebenarnya bukan 100% berpandukan al-quran dan al-sunnah dan beginilah paradigma orang arab jahiliyyah ketika islam mula2 berkembang di tanah arab... sebenernya perkara ini hanyalah tipudaya dunia, beranikah kamu mengubah paradingma kamu terhadap orang2 seperti lelaki tersebut dan mengakui kesalahan kamu?? adakah kamu sedar betapa jahiliah telah menjalar kembali dalam masyarakat kita sehinggakan agama islam menjadi tidak releven dan sekiranya kita rasa islam tidak relevan untuk diamalkan dan berasa tidak selesa untuk mengamalkan islam, adakah benar kita sedang berada dalam masyarakat yang mengamalkan islam???adakah orang sekeliling kita benar2 beriman dengan al-quran dan as-sunnah??pening ke???
............................................benarlah hadith nabi
             Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim

 Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".

H.R. Tirmizi

MAKA, TANYALAH DIRI ANDA SANGGUPKAH ANDA MENJADI ORANG YANG ASING DAN MENGGENGGAM DENGAN ERAT BARA API ITU. SEKIRANYA TIDAH, BUKANKAH ANDA UMAT ISLAM????














No comments:

Post a Comment