Thursday, June 30, 2011

SABAR NIKMAT VS BALA

bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ

    Syukur diatas segala nikmat kelapangan yang Sang Pencipta anugerahkan buat diriku sehingga mampu untuk aku kembali memberi pesanan kepada diriku sekali lagi……..sesungguhnya nikmat ini bukanlah suatu nikmat yang mudah diperolehi terutama lagi untuk kembali bermuhasabah dan merenung betapa kerdilnya dan lemahnya diriku yang disifatkan sebagai hamba..

    Hidup yang penuh dengan nikmat dan bala yang silih berganti sering menjadikan diriku kadangkala gagal untuk melawan segala ujian ini, walaupun aku tau, bahawa inilah sunnah kehidupan untuk Sang Pencipta menguji sejauh mana keimanan hambanya kepadanya dengan firmannya kepada diri ini…

Hud (11) : 7
وَهُوَ الَّذِي خَلَق السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاء لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَلَئِن قُلْتَ إِنَّكُم مَّبْعُوثُونَ مِن بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ إِنْ هَـذَا إِلاَّ سِحْرٌ مُّبِينٌ
11.7. Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya , dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata".

      Malu rasanya terhadap diri ini bila terkenangkan kata-kata seorang ustaz yg amat aku hormati, Ustz Alias, bahawa kebangkitan ummah ini adalah oleh orang yang menderita. , pilu rasanya apabila beliau menceritakan bagaimana kehidupan  sahabat-sahabat nabi yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan demi menegakkan agama hak di bumi ini sehinggakan Rasullullah, seorang pemimpin pada masa itu sanggup mengikat perutnya kerana lapar. Bengkak kakinya kerana kuat beribadat, hanya tidur di atas pelepah tamar yang tidak pernah selesa.

       Teringat pula aku kepada Mus'ad bin Umar,seorang anak jutawan yang akhirnya mati dibaluti rumput kering kerana memilih islam……dan bagaimana para sahabat lain disiksa hanya kerana mereka memilih kalimah la ilaha illa allah daripada kesenangan duniawi……
    Al-'Imran (3) : 142
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ
3.142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.

    Hatiku sayu bila Teringatkan hadis nabi yang berbunyi, Diriwayatkan daripada `Amru bin `Auf r.a.; ..............Sabda baginda:" Bergembiralah kamu dan tunggulah apa yang Allah permudahkan untukmu, Demi Allah, tidaklah kefakiran itu yang aku bimbang menimpamu, akan tetapi aku bimbang dan takut sekiranya dunia ini dibentangkan kepada kamu sebagaimana ia dibentangkan kepada orang yang sebelum kamu, lalu mereka berebut-rebut sebagaimana kamu berebut-rebut untuk mendapatkannya, dan (akibatnya) ia melalaikan kamu sebagaimana ia telah melalaikan mereka itu".[1]

     Aku bimbang sekiranya akulah yang orang yang disabdakan oleh nabi itu. Benar, aku mengakui bahawa bersabar di atas bala itu jauh lebih mudah daripada bersabar di atas nikmat yang dikurniakan Allah. Malah, sunnahtullah juga menceritakan bagaimana bersabar di atas nikmat itu jauh lebih sukar daripada bersabar diatas bala.

        Teringat, bagaimana Pasukan pemanah yang ditugaskan oleh nabi ketika Perang Uhud supaya tidak meninggalkan Jabal Rumman gagal untuk mengikuti perintah nabi,  apabila nikmat dunia dibentangkan kepada mereka, sedangkan mereka adalah para sahabat dan keimanan mereka begitu jauh lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan diri ini.

        Begitu juga,  Zaman khalifah Uthmaniah yang penuh dengan kemewahan sehinggakan bangunan istananya diperbuat daripada Kristal, biliknya dihiasi penuh dengan emas dan permata dan kesenangan yang melimpah ruah akhirnya menyebabkan tamadun islam yang dibina oleh para sahabat yang tidak pernah merasa senang itu runtuh….

         Benarlah kata imam syafie ketika ditanya mana yang lebih baik, bala atau tamkin, beliau menjawab, bukankah bala dahulu sebelum tamkin……benar, oleh kerana pemimpin pada masa itu tidak merasa ujian dan dibentangkan nikmat di dalam dulang emas, mereka akhirnya alpa dan gagal untuk terus memegang dan berjuang demi agama yang mulia ini.

    Aku pula bagaimana?? Hidup dalam kemewahan, sentiasa dalam kekenyangan dan jarang sekali berasa lapar. Tidur diatas katil yang empuk bersama selimut yang selesa, tidak pernah rungsing tentang wang ringgit….. adakah aku mampu untuk berjuang dalam keadaan mewah seperti ini?? Adakah layak untuk aku mendapat tempat seperti mana para sahabat ditempatkan di sana nanti?? Bagaimanakah aku akan berhadapan dengan mereka dan dibandingkan amalan nanti?? Sungguh takut apabila aku cuba untuk menjawab persoalan ini………………………………………………

No comments:

Post a Comment