Tuesday, June 28, 2011

KEHEBATAN CINTA??

bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." -SQ
         
           Alhamdulillah setelah sekian lama aku tak menjengah blog nie, sekali lagi dapat aku kembali bermuhasabah di blog ini sebagai perigatan terutama kepada diri ini, kerana aku teringat kata-kata Dr. Yusoff Al-Qardhawi ketika perhimpunan seluruh ulama yang menyarankan kepada setiap anak murid dan ulama dengan katanya yang sungguh hikmah, iaitu MENULISLAH!!

           Aku pernah terfikir pada suatu ketika dahulu tentang apakah sebenarnya yang aku mahukan daripada kehidupan ini, adakah keseronokan yang berpanjangan?? atau pangkat yang menjadikan aku dihormati oleh seluruh masyarakat?? atau adakah harta kekayaan yang melimpah ruah?? ataupun umur yang panjang??.benar aku mahukan itu semua, tetapi kelam sang pemilik seakan berbisik kepadaku

At-Taubah (9) : 24
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
9.24. Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

         Ayat ini seakan menasihati aku bahawa ada yang perlu aku cintai berbanding semua itu, iaitu cinta kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalannya, baiklah apakah makna cinta?? anggap saja cinta itu seperti cinta kepada kekasih dan ibu bapa kita. tentu sahaja bila kita cinta akan seseorang kita sanggup lakukan apa sahaja demi mereka. inilah fitrah cinta yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.

         rasanya tidak perlu untuk aku berikan contoh yang lebih mendalam tentang cinta, lihat sahaja bagaimana seseorang itu sanggup mengorbankan dirinya sendiri demi orang yang dicintainya dan sanggup juga seorang lelaki berubah demi perempuna yang dicintainya, dan sekirnya dia mencintai wang, sanggup sahaja dia bekerja tanpa mengira penat dan lelah siang dan malam demi mendapatkan apa yang dicintainya...

         Lihatlah betapa bijak Sang Pencipta membisikkan kedalam hati kita memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang perlu kamu cintai berbanding semua itu...dan fitrah cinta seorang hamba itu perlulah disalurkan kepada yang hak. Adakah betul sekiranya kita membeli sebentuk cincin untuk dihadiahkan kemudian kita hadiahkannya kepada seekor kucing, sudah tentu tiada nilai dan menyebabkan orang yang layak menerima cincin itu berasa terhina dan marah. Maka adalah selayaknya Sang Pencipta yang meneruskan ayat tersebut dengan firmannya  tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA, kerana kezaliman diri kita sendiri. Begitulah  betapa hikmah Sang Pencipta mengajar dan mentarbiah kita demi kasihnya kepada kita.

         Namun dengan kasih sayang Sang Pencipta kepada kita, dia terus memberi khabar gembira kepada orang yang sentiasa taat dan kasih kepadaNya di dalam firmannya:
Al-'Imran (3) : 31
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
3.31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

         Perhatikanlah bagaimana begitu cinta Sang Pemilik kepada kita sehingga Allah tidak sabar-sabar mengampunkan dan mengasihi orang-orang yang mencintainya. Layakkah kita untuk tidak mencintainya??
sedangkan Dialah yang menberikan kita segala nikmat yang ada pada kita sekarang termasuklah kesihatan, segala anggota badan dan sehinggakan cinta seorang ibu kepada kita pun diberikan olehNya. 
Ibrahim (14) : 34
وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
14.34. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni'mat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni'mat Allah).
An-Nahl (16) : 18
وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
16.18. Dan jika kamu menghitung-hitung ni'mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
       
          Maka, marilah kita sama-sama mengerjakan segala perintah dan larangannya yang DIPERINTAHKAN di dalam Al-Quran dengan bersungguh-sungguh dengan sebab kecintaan kita kepada Allah dan Rasulnya dan membalas segala hutang budi yang telah diberikan Allah kepada kita demi mengharapkan Allah redha dan sayang kepada kita sebagai salah seorang hambanya, insyaallah dalam entry akan kita cuba bincangkan tentang sedikit bagi ayat yang masih tidak jelas dalam ayat di atas iaitu berjihad di jalannya....
"sesungguhnya telinga kita adalah yang paling dekat dengan mulut yang menyampaikan"wallahua3lam....








No comments:

Post a Comment