Thursday, June 30, 2011

ISLAM ITU PRAKTIKAL

bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ

Tiba-tiba aku teringat kenangan di INTEC, ketika itu kami sedang sibuk belajar, tiba-tiba ustaz bertanya kami tentang apakah makna islam dalam falsafah kami sendiri. saat itu, aku masih teringat pelbagai jawapan yang diberikan oleh kami dan kesemuanya mempunyai pandangan dan pendapat mereka yang tersendiri, dan aku masih teringat jawapanku pada ketika itu, ISLAM ITU PRAKTIKAL......dan tentu sahaja ada sebabku yang tersendiri......

Terngiang di telingaku pada saat itu tentang sepotong ayat daripada surah al-maidah, ayat 3

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ   
5.3. Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah , daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya , dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah , (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

الإِسْلاَمَ دِيناً
Perkataan ini sungguh memberi erti yang mendalam, bahawa islam itu adalah sebagai perkara ataupun perlembagaan kita yang penuh(syariah), atau di dalam bahasa melayu disebut ETIKA atau TATACARA KEHIDUPAN. dan biasanya etika ini dikaitkan dengan akhlak, dan perlaksanaan etika itu disebabkan didikan atau kepercayaan kita(KEIMANAN). contohnya ketika kita kecil, ibu mengajar kita bahawa kita perlu tunduk ketika berhadapan dengan orang yang lebih tua, basuh kaki sebelum kita tidur, sehinggakan perkara ini menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita. dan kita melakukannya selepas kepercayaan kita bahawa ibu kita hanya mahukan yang terbaik untuk kita dan tidak akan menipu kita..

Beginilah islam itu sebagai ad-din, atau cara hidup, allah telah menetapkan segala syariahnya kepada setiap hambanya sehinggakan perkara yang kecil-kecil, sang pencipta telah menetapkan ETIKA yang tertentu. malangnya,sungguh aku begitu sedih apabila melihat cara hidup islam kini tidak lagi menjadi salah satu perkara yang benar-benar menjadi etika dalam kehidupan manusia.

Etika ini langsung tidak dihargai dan diselami oleh kita termasuk diri ini sendiri. sehinggakan etika makan yang disarankan oleh Sang Pencipta sendiri sanggup dibeli dengan etika makan barat, malah dengan penuh bangga kita tidak segan menyatakan bahawa makan mengikut sunnah kolot dan memalukan.....yang lebih memilukan ayat ini dikeluarkan oleh umat islam, umat pilihan Sang Rabbi, umat yang sepatutnya mempertahankan agama ini sehingga bermandi darah sekipun.....

Benar, ada kelonggaran dalam perkara ini dan hukumnya sunat, tetapi bagaimana pula dengan perkara tsabit yang telah Allah tetapkan dan wajib untuk kita melaksanakannya?? sehinggakan hukum Allah sanggup dihina, dikatakan tidak relevan pada zaman moden kini......sekilas pandang memang benar, tetapi cuba renungkan kata-kata ini yang diucapkan oleh as-syahid imam hassan al-banna 
hukum islam itu zalim sekiranya masalah itu ditimbulkan oleh pegangan jahiliah......
Bukankah dikira zalim, sekiranya masalah itu timbul kerana tidak melaksanakan agama ini secara keseluruhannya dan berhukum dengan sebahagian sahaja hukum agama, kemudian membayangkan kesan sekiranya melaksanakan hukum berteraskan islam.bukankah itu tidak adil?mengapa tidak pula diaplikasikan islam itu seluruhnya?? tentu sahaja kita dapat melihat satu syariah ataupun ETIKA yang sungguh indah dan menenangkan setiap mata yang melihat dan setiap jasad yang merasa tatkala islam itu benar-benar diaplikasikan secara keseluruhannya...
Sekiranya kita menganggap hal sedemikian tidak mungkin terjadi, sedarlah, perkara ini telahpun dibuktikan oleh sebuah generasi yang sungguh menakjubkan dibawah didikan sistem al-quran. adakah berlaku kekejaman ketika sistem ini diaplikasikan pada zaman itu? mengapa tidak diikut perintah ini??
Al-Baqarah (2) : 208
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
2.208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Bukankah tidak adil sekiranya masakan itu dimasak  oleh lima orang, kemudian apabila masakan itu tidak menjadi kita menyalahkan seorang sahaja daripada tukang masak itu?? Mengapa perlu dicari lagi sistem lain sedangkan Sang Pencipta telah memberitahu kita bahawa

Al-'Imran (3) : 85
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِيناً فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
3.85. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
Islam itu bukan sekadar ibadah, malah lebih dari itu, kalau sekadar ibadah mengapa selama 13 tahun nabi berusaha membetulkan akidah dan akhlak manusia?, mengapa apabila ditanya tentang akhlak nabi, Siti Aishah memberitahu bahawa akhlak Rasullullah itu adalah al-quran, sekiranya benar al-quran itu sekadar ilmu fekah, mengapa para sahabat yang dikatakan sebaik ummat itu, kesemuanya tidak menjadi ulama feqah? Bukan sekadar ilmu sains dan keduniaan, jika benar, sudah tentu kemodenan islam yang terbaik adalah pada zaman nabi,
ISLAM ITU MERANGKUMI SEMUA INI, BUKAN SEBAHAGIAN ATAU SATU JUZU SAHAJA DARIPADA INI SEMUA…………YANG LEBIH PENTING AL-QURAN ITU MEMBINA INSAN, YA! MEMBINA INSAN SESETIA SAIDINA ABU BAKAR, SEGAGAH SAIDINA UMAR, ,  SEPEMURAH DAN SELEMBUT SAIDINA UTHMAN DAN SEPINTAR SAIDINA ALI.
Tidak keterlaluan sekiranya tanpa didikan al-quran, mereka tidak banyak beza dengan manusia yang lain……………………………………subhanallah..fikir-fikirkanlah…..
"sesungguhnya telinga aku adalah yang paling dekat dengan mulutku yang menyampaikan"wallahua3lam.... 

No comments:

Post a Comment