Wednesday, March 21, 2012

YA ALLAH, TEGUHKAN HATIKU

Ya allah, sungguh indah sekali ciptaanmu, begitu hebat akal yang dikurniakanmu kepada hambamu sehingga daripada akal yang datang dari punca yang sama, mempunyai pemikiran yang jauh berbeza................

benarlah bahawa iman itu menjadi panduan hidup insani....tatkala aku mengenangkan beberapa peristiwa,yang berlaku, aku mendapat sesuatu, ya aqal yang paling sihat ialah akal yang dipandu oleh keimanan........

boleh aku katakan akal itu ibarat pisau, bisa sahaja digunakan untuk kebaikan dan boleh juga diguna untuk kejahatan......kerana akal ini sering sahaja menuntut haknya, sungguh sombong menyampaikan idea dan pandangan walaupun kadang2 pandangan tersebut tersasar daripada landasan syariat islam.

terbayang aku kiranya rasullullah masih ada, apakah setiap percakapan aku dan pemikiran aku diiakan ataupun tidak disetujui olehnya. kerana sering sahaja akal ini salah dipandu malah tetap berasa angkuh dan benar tanpa disedari...........

namun yang hak dan yang batil itu ternyata jelas,, bilamana keimanan datang menjengah sebentar, terasa tiba2 akal seakan menukar hala tujunya, ketika mereka berbicara, iman memberitahu bahawa percakapan tersesbut hak ataupun batil...ya kerana fitrah islam itu tidak pandai menipu, jauh di sudut hati ada bisikan yang memberitahu perkhabaran ini benar atau palsu.....

ya, kadangkala tidak mudah orang memahami dan tidak mudah untuk kita memahami, maka terimalah keistimweaan ini seadanya.......kerana rasullullah sering sahaja meraikan syura dan musyawarah agar setiap pandanga diraikan dengan sewajarnya, kerana khilaf ulama itu rahmat, kerana perbezaan watak itu indah..........lebih-lebih lagi apabila dipandu, bukankah umar itu garang orangnya, ali itu pencinta ilmu, dan saidina uthman lembut orangnya..........dan sekiranya iman itu diraikan, setiap idea yang batil ternyata zahar dan terang buat kita, maka janganlah kau biarkan diriku dihanyutkan dan dileburkan dengan kebatilan.......

Monday, March 12, 2012

KERANA UMUR ITU BERHARGA....

Tatkala melihat kembali umur yang telah berlalu pergi, terasa begitu pantas masa berlalu, aku masih teringat lagu ini, saat aku dengari lagi ini, adalah ketika 13 tahun yang lalu, ya 13 thun yang lalu, seakan baru sebentar aku tinggalkan lagu itu, dan jasadku telah begitu banyak berubah, ntahlah, makin aku dapat membayangkan saat tuaku dan matiku juga begitu hampir. kadang2 aku merasai bahawa kehidupanku di dunia ini benar2 singkat, tatkala terfikir tentang apa yang telah aku jalani sepanjang hidup ini, terasa benar betapa alpa dan kerugiannya aku,

mengingat kembali apa yang telah dapat dicapai sultan al-fateh pada umur ini, salahuddin al-ayyubi pada usia ini, terasa begitu kerdil dan lemah, melihat diri ini tiada apa yang boleh dibanggakan, bukan kejayaan dunia itu yang dicari tetapi pencapaian itu seakan menjadi bukti ktaatan dan nilai masa yang dikurniakan sang rabbani, walaupun aku sedar, bukanlah kejayaan itu menjadi pengukur keimanan diri,kerana  mata ini menjadi saksi, melihat berapa ramai di luar sana aku lihat, megah dengan pencapaian yang cukup gemilang,megah dengan begitu hebat kekayaannya, tetapi bila bercakap soal agama, seakan mereka begitu layu dan goyah dengan keercayaan mereka sendiri.

dan orang yang aku maksudkan itu juga termasuklah diri aku sendiri, namun dengan mencari kadang kala Sang pencipta tidak membiarkan kita bersahaja dan menunjuk jalan kepadanya. ya, satiap manusia itu ada kelemahan dan kelebihannya, kadangkala kita mencari yang sempurna pada mata manusia sehingga lupa pandangan sang pencipta terhadap kita, ....ya biarlah, kita dibenci di mata manusia asal di sisi allah, kita diredhainya, bukan senang, tetapi adakah diri ini telah cuba sedaya upaya untuk mendapat redhanya?? lemah untuk aku menjawabnya,

ya allah, aku mohon padamu, kuatkanlah hati ini melawwan godaan hawa nafsu diri dan bisikan-bisikan kejahatan yang sentiasa sahaja menggugat hati dan iman ini, kau kuatkanlah aku dengan kepercayaan kepadamu dan tidak menjadi hamba selain kepada dirimu....

Friday, March 2, 2012

TERIMA KASIH...........PERWIRAKU...

Alhamdulillah, syukur aku kepada sang pemilik hati,jiwa dan jasad ini....kerana engkau terus memberi tanpa jemu, terus menyayangi tanpa syarat, terus menemani tanpa leka, terus kekal memerhati dengan seribu kasihan belas...........

sekian lama rasanya laman tarbiah ini aku tinggalkan, kadangkala kita sibuk tanpa sedar untuk duduk sejenak dan memerhati dan menyemai iman.....

sungguh aku ingin mengucapkan terima kasi dan terhutang budi kepada para- perwira yang dengan darah dan pengorbanan mereka, dapat aku merasai nikmat ini , dengan lapar dan dahaga mereka, dapat aku rasai kekenyangan ini, dan aku sedar bahawa nikmat ini tidak datang dengan percuma melainkan dengan susah dan perit, kesakitan dan seribu kepayahan, seribu keampunan aku pohon kerana aku sering sahaja mengambil endah nikmat ini dan
sering lalai untuk menjaganya.........

TERIMA KASIH WAHAI PERJUANG AGAMA AGUNG INI, YA ALLAH, ENGKAU RAHMATILAH MEREKA YANG DENGAN JUJUR DAN IKHLAS TANPA MENGHARAP WALAU SEDIKIT WANG RINGGIT, PENGHORMATAN, DAN KEUNTUNGAN, YANG DIBENCI DAN DICEMUH HANYA KERANA BERJUANG MEMASTIKAN HANYA KALIMAH ALLAH ITULAH YANG TERTINGGI....................................................................................................h,

Friday, December 9, 2011

kita atau mereka??

sebentar tadi baru sudah aku menonton video-video di dalam youtube, menemuramah orang yang baru masuk islam, bagaimana boleh tergerak untuk masuk ke dalam agama islam ini?? apakah perasaan berada dalam agama ini......

...........................................................................................................................................................

daripada ucapan mereka aku merasakan sesuatu yang sungguh menyentuh hatiku. Aku melihat islam sebenar itu ada pada diri mereka...biarlah mereka itu baru sahaja habis belajar membaca al-fatihah, baru m/s yang ketiga membaca raheeq makhtum, baru mengenal ilmu tajwid, tetapi dari ucapan mereka cukup menggambarkan bahawa islam itu berada dalam hati-hati mereka...

BIarlah mereka itu bukanlah orang yang sentiasa berada di masjid, tidak lekang dari mengerjakan solat sunat dan berzikir, namun percakapan mereka menampakkan hati mereka yang tulus dan mencintai agama ini, ya, mereka lebih terbuka, menghayati islam dalam kehidupan mereka tidak kira semasa mereka bekerja atau bermuamalat dengan orang lain.........

Aku masih teringat kata-kata salah seorang daripada mereka, bahawa aku bersyukur kerana aku mengenali islam sebelum mengenali umat islam...masyaallah, alangkah malangnya kita sekiranya kitalah orang yang menjadi fitnah kepada agama ini, sehinggakan agama ini menjadi penghinaan disebabkan oleh diri kita...

mereka yang baru memeluk islam itu menangis tatkalam mana mereka membuka lembaran al-quran, bersungguh-sungguh mendengar khutbah dan ceramah agama di masjid, tenang matanya tatkala mana mula mengangkat takbir, rendah hatinya tatkala mana menadah tangan kepada Rabb, lapang dadanya tatkala berjumpa dengan umat islam yang lain, murah senyumannya dikala berbicara dengan sahabat dan elok budi-pekertinya...

Marilah kita fikirkan sejenak, sekiranya kita ini masih belum mengenali agama ini, adakah kita mencintai agama ini disebabkan oleh kita perlu mengerjakan haji, beribadat dan sebagainya? tidak bukan, kita pasti mencintai agama ini kerana keindahan ajaran yang dibawanya, mengajar kita bertolak ansur, melihat budi pekerti luhur insan, dan apabila kita masu ke dalam ajaran ini, barulah hati kita merasa perlu untuk berterima kasih kepada allah dan menunukkan ubudiah kita, lantas kita melaksanakan solat dan mengerjakan amal ibadah tanda ketaantan kita.....

namun aku melihat sikap ini kebanyakannya ada pada mereka, mereka bukanlah meninggalkan semua harta dan pekerjaan mereka tatkala masuk islam, lantas beriktikaf di masjid untuk beramal ibadat tetapi mereka tetap mereka yang dulu, tetapi bezanya hati mereka kini bukan lagi milik dunia, benar mereka bekerja dan berkeluarga, tetapi itu semua adalah unutk mendapt kereddhaan daripada allah, dan membantu agama ini....wallahua3lam

Friday, October 28, 2011

HIDUPLAH UNTUK ISLAM

aku melihat kehidupan dan di sana aku melihat begitu banyak yang perlu aku pelajari....

ada mereka yang cuba berusaha berhempas pulas demi mendapatkan seribu kenikmatan.

ada juga yang begitu tamak mencari pujaan manusia

ada juga yang bangunnya hanyalah untuk menyambung hidup seperti biasa

ada pula yang hidup semata-mata untuk memuasan nafsunya dengan hiburan2 yang tidak pernah ada puasnya

ada yang harinya seperti bayang-bayang dan fantasi

ada yang hidupnya hanya rehat dan tiddur dengan selesa

kadangkala ak u bertanya sendirian, apakah yang perlu manusia lakukan sebenarnya untuk memastikan hidupnya bermakna

adakah benar hidup ini hanyalah sekadar lahir ke dunia, kemudian menjadi kanak2, bermain sehingga meningkat dewasa, ke dewan kuliah, kemudian kerja dan akhirnya tua, dan meninggal dunia. adakah berbaloi hidup kita sebegini??

saat itu kujumpai makna hidup ini, ya, hidup ini sebenarnya lebiih bermakna daripada apa yang aku pikirkan, sehinggakan aku rasa walaupun hidup selama 400 tahun, ianya lebih bernilai dan masih tidak mencukupi...begitu banyak kewajipan yang sebenarnya perlu dilakukan.

HIDUPLAH KERANA ISLAM(ALLAH)
ya benar, hidup kita seperti kitaran, kanak2, kemudian remaja kemudia dewasa dan akhirnya meningkat ke usia tua, tetapi penuhilah hari2 kita dengan sentiasa mengingati matlamat utama kita. tidak salah ke dewan kuliah, tidak salah mencari kekayaan, tidak salah ingin mencari pangkat, tetapi semua itu perlulah dicari kerana ingin merealisasikan matlamat kita. buatlah apa saja mengiikut kemampuan kita asalkan hidup kita ini memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada agama kita ini, bukankah kita mencintai allah, jadi apa buktinya, cukupkah sekadar lima waktu itu sebagai tanda cinta, yang kadang kala didalam sujud itu masih terfikir tentang facebooknya, tentang examnya dan sebagainya.

kenapa sahabat sabiqun al-awwalun tetap juga melaksanakan segala suruhan allah walaupun telah dijamin syurga?? kenapa bermati-matian mereka menggadai harta dan nyawa mereka walaupun dosanya yang terkemudian dan terdahulu telahpun diampunkan, jwapannya hanya satu, kerana CINTA.

adakah kita akan melaksanakan solat sekiranya kita tidak diwajibkan dan diberi apa2 ganjaran?, adakah kita tetap akan bangun melaksanakan solat malam dan pergi ke masjid dikala azan subuh berbunyi sekiranya kita tidak diberi apa2? sekiranya soalan ini ditanya kepada para sahabat jawapannya sudah pasti, ya, kalu tidak mengapa mereka bersusah payah menggadaikan harta dan nyawa sedangkan buat atau tidak, mereka tetap juga akan masuk ke syurga.

kerana apa?? kerana mereka terlalu menyayangi agama ini, agama yang telah menyelamatkan mereka daripadda keresahan hidup, menenangkan hati mereka, memberi mereka makna baru dalam hidup, mengajar mereka erti sabar, berlapang dada, uhwah, ihsan sehingga hidup mereka yang dahulunya resah dan gelisah kini hati mereka tetap tersenyum dan puas kendatipun mereka diseksa dan dihina di mata kafir...

tidakkah kita berasa malu dengan mereka, kerana kita dari kecil telah diberi nikmat ini, kerana kita tidak pernah mendekati arak, tidak pernah membunuh nyawa tidak berdosa, namun hati kita tidak pernah berasa puas dan sayang kepada agama ini.

marilah kita berterima kasih kepada agama ini, dengan mempertahankan agama ini dengan sehabis daya kita, supaya anak-anak dan generasi akan datang, dapat menerima agama ini dalam keadaan putih bersih dan tidak dicemari oleh tangan-tangan kita sendiri, sehingga nikmat ini terus dirasai dan dinikmati oleh anak-anak islam kita sehingga kita berjumpa dengan pemilik sebenar agama ini, dan kita mampu utuk memberitahu pemilik itu, kita telah sedaya upaya mempertahankan agama ini tanda terima kasih kita kepadanya dan terhutang budi pada pemilik agama ini dan pemilik kita....wallahua3lam...

Monday, September 19, 2011

INILAH PENAWAR ITU....

Aku pernah terbaca buku yang ditulis oleh s.r.covey dalam prinsipnya yang kedua, iaitu 'first thing first', permulaan ayatnya dimulakan dengan menyuruh pembaca membayangkan saat kematian kemudian memikirkan sekiranya ayah ataupun sahabat kita diminta berucap untuk kematian kita, apakah yang kita mahu mereka katakan tentang kita............

buku kedua yang aku baca ditulis oleh seorang pemberita dari menchester, lupa namanya..beliau menceritakan kisah beliau menemu ramah seorang pesakit kanser yang akan meninggal dunia. di dalam temuramah tersebut, pesakit tersebut memberitahu sedemikian, 'kita terlalu sibuk bekerja sehingga kita lupa mengapa kita bekerja, dan di saat akhir kematian, kita  menyesal dan bertanya pada diri kita, adakah berbaloi apa yang aku lakukan sepanjang hidupku,....................................

tujuan aku menceritakan kisah mereka supaya kita sama2 berfikir dan bermuhasabah kembali tentang apakah matlamat kita.........sekiranya matlamat dilupakan kita seperti ingin pergi ke kelantan dari kuala lumpur kemudian melalui jalan untuk ke perak. kita tidak sedar bahawa usaha yang kita lakukan sia2, sehinggalah kita sampai ke perak dan kita sedar bahawa sepanjang seharian perjalanan kita dengan mengorbankan wang, masa dan tenaga adalah sia2, kita tidak sampai ke destinasi yang kita ingini!!!!

Inilah yang berlaku di seluruh dunia kini, setiap insan merintih dan kehausan!!!!, namun tidak ramai yang mahu meminum air yang memang terhidang di hadapan mata malah terus menelan pil2 menghilangkan dahaga yang diwar-warkan mampu untuk mengubat dahaga kendatipun mereka semakin dahaga dengan menelan ubat tersebut. di us sendiri kadar kes bunuh diri semakin meningkat, dan di jepun mencatatkan peratusan yang paling tinggi.(kalu x silap).

Adakah mereka tidak mempunyai wang?? adakah mereka tidak cukup makanan?? adakah mereka berhutang?? TIDAK. cuma mereka lupa, bahawa mereka adalah makhluk insaniah dan ruhiah. bukan fizikal mereka yang kekurangan, tetapi hati mereka, ruh mereka merintih kebuluran, mengeran kesakitan, derita berpenyakit, namun tetap juga mereka menyuap ruh mereka dengan arak, maksiat dan sebagainya dengan harapan sakit mereka akan hilang.

Pencipta kita tahu dan paham bahawa penyakit ini akan timbul, dan terlebih dahulu Sang Pencipta memberi penawar kepada kita, penawar yang dicari oleh bangsa eropah dan masyarak moden kini. Siapakah yang lebih mujarab ubatnya daripada pencipta kita sendir, sekiranya sebuah robot rosak, benar robot tersebut boleh cuba membaiki dirinya sendir, namun siapakah yang lebih baik ubatnya berbanding yang mencipta itu sendiri...

kembalilah kepada Pencipta kita, itulah ubat yang paling mujarab, amalkanlah segala suruhan dan tinggalkanlah segala larangannya tanpa banyak bantahan. amalkanlah islam secara keseluruhannya dan bukan sebahagian atau sejuzu darinya, ikutilah jejak langkah assabiqun alawwalun kerana mereka adalah sebaik2 model kita. lihatlah apa yang dilakukan oleh rasullullah dan ikutlah jejak langkahnya. itulah penyelesaiannya. walaupun kehidupan di dunia akan menjadi sukar sekalipun nescaya mata kita tidak menangis apabila bertemu Allah nanti untuk dihisab amalan.

sungguh perkara ini sungguh berat untuk dilaksanakan, ya allah, kau kuatkanlah hatiu dan hati kami untuk sentiasa taat kepada perintahmu dan agamamu. sesungguhya kita memang lemah, namun tidak salah untuk kita mencuba selagi termampu, nescaya allah memandang usaha kita walaupun kadangkala kita tergelincir darinya

Kembali kepada fitrah, ya kita mempunyai hati dan akal yang dikurniakan untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. seorang insan mampu merasa jauh di lubuk hatinya kebenaran itu, tetapi bezanya antara yang bertuah dengan yang tidak, apakah yang dilakukan sebaik sahaja fitrah itu cuba mengetuk pintu hati kita. kerana masyarakat arab jahiliah tahu bahawa islam yang dibawa oleh rasullullah itu benar tetapi bezanya antara abu jahal dan umar al-khattab ialah apa yang dilakukannya setelah mendapat kebenaran itu. allahu a3lam

Wednesday, September 7, 2011

ALANGKAH HAIRANNYA...............

 bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ
              Alhamdulillah akhirnya Allah memberi peluang lagi kepada aku untuk mengupdate blog nie............ntahlah tetiba rasa nk post sajak plak, harap dpt sdikit manfaat trutama sajak nie peringatan utk diri sendir yang sentiasa laghro........


ALANGKAH......

Alangkah hairannya,
tika aku melihat........,
islam mekar di senja petang,
tatkala iman tidak lagi bersinar,
harum keindahan bersama keunggulannya,
lenyap diganti kejahilan memperdaya.

Alangkah indahnya,
tika aku mula sedar,
tatkala hidayah mula menjengah,
dikala pancaindera mula menghargai,
betapa indah aqidah dan syariat,
ketika ramai yang masih terlena.

Alangkah sayunya,
dikala hati melihat realiti,
bermatian mereka mengejar mimpi,
demi kenikmatan yang tidak hakiki,
demi kebahagiaan yang masih tidak pasti,
sedang sedar menanti pasti.

Alangkah hairannya,
tika aku meneliti,
manusia haus mencari kebahagiaan,
dalam kebendaan dan kekayaan duniawi,
bagaimana mahu mengecap indah kebahagiaan,
apabila iman tidak lagi dibaja.

Alangkah ruginya,
kiranya aku menutup mata,
tidak tegar melawan hati,
melihat keseronokan yang memperdaya, 
sedang keimanan dan ketaatan,
tetap menjanjikan kenikmatan yang pasti.

Alangkah sukarnya,
memerah peluh dan keringat,
demi menuntut janji yang pasti,
biar diri ini menjadi taruhan demi agamamu.
kerana diri ini tidak mahu yang lena mula selesa,
sehingga islam menjadi mangsa,

Ya allah,
jadikanlah aku orang yang melihat keindahan itu,
jadikanlah aku orang yang mendapat hidayah itu,
jadikanlah aku orang yang menghargai itu,
jadikanlah aku orang yang bahagia itu,
jadikanlah aku orang yang memerah keringat itu.