Friday, December 9, 2011

kita atau mereka??

sebentar tadi baru sudah aku menonton video-video di dalam youtube, menemuramah orang yang baru masuk islam, bagaimana boleh tergerak untuk masuk ke dalam agama islam ini?? apakah perasaan berada dalam agama ini......

...........................................................................................................................................................

daripada ucapan mereka aku merasakan sesuatu yang sungguh menyentuh hatiku. Aku melihat islam sebenar itu ada pada diri mereka...biarlah mereka itu baru sahaja habis belajar membaca al-fatihah, baru m/s yang ketiga membaca raheeq makhtum, baru mengenal ilmu tajwid, tetapi dari ucapan mereka cukup menggambarkan bahawa islam itu berada dalam hati-hati mereka...

BIarlah mereka itu bukanlah orang yang sentiasa berada di masjid, tidak lekang dari mengerjakan solat sunat dan berzikir, namun percakapan mereka menampakkan hati mereka yang tulus dan mencintai agama ini, ya, mereka lebih terbuka, menghayati islam dalam kehidupan mereka tidak kira semasa mereka bekerja atau bermuamalat dengan orang lain.........

Aku masih teringat kata-kata salah seorang daripada mereka, bahawa aku bersyukur kerana aku mengenali islam sebelum mengenali umat islam...masyaallah, alangkah malangnya kita sekiranya kitalah orang yang menjadi fitnah kepada agama ini, sehinggakan agama ini menjadi penghinaan disebabkan oleh diri kita...

mereka yang baru memeluk islam itu menangis tatkalam mana mereka membuka lembaran al-quran, bersungguh-sungguh mendengar khutbah dan ceramah agama di masjid, tenang matanya tatkala mana mula mengangkat takbir, rendah hatinya tatkala mana menadah tangan kepada Rabb, lapang dadanya tatkala berjumpa dengan umat islam yang lain, murah senyumannya dikala berbicara dengan sahabat dan elok budi-pekertinya...

Marilah kita fikirkan sejenak, sekiranya kita ini masih belum mengenali agama ini, adakah kita mencintai agama ini disebabkan oleh kita perlu mengerjakan haji, beribadat dan sebagainya? tidak bukan, kita pasti mencintai agama ini kerana keindahan ajaran yang dibawanya, mengajar kita bertolak ansur, melihat budi pekerti luhur insan, dan apabila kita masu ke dalam ajaran ini, barulah hati kita merasa perlu untuk berterima kasih kepada allah dan menunukkan ubudiah kita, lantas kita melaksanakan solat dan mengerjakan amal ibadah tanda ketaantan kita.....

namun aku melihat sikap ini kebanyakannya ada pada mereka, mereka bukanlah meninggalkan semua harta dan pekerjaan mereka tatkala masuk islam, lantas beriktikaf di masjid untuk beramal ibadat tetapi mereka tetap mereka yang dulu, tetapi bezanya hati mereka kini bukan lagi milik dunia, benar mereka bekerja dan berkeluarga, tetapi itu semua adalah unutk mendapt kereddhaan daripada allah, dan membantu agama ini....wallahua3lam

Friday, October 28, 2011

HIDUPLAH UNTUK ISLAM

aku melihat kehidupan dan di sana aku melihat begitu banyak yang perlu aku pelajari....

ada mereka yang cuba berusaha berhempas pulas demi mendapatkan seribu kenikmatan.

ada juga yang begitu tamak mencari pujaan manusia

ada juga yang bangunnya hanyalah untuk menyambung hidup seperti biasa

ada pula yang hidup semata-mata untuk memuasan nafsunya dengan hiburan2 yang tidak pernah ada puasnya

ada yang harinya seperti bayang-bayang dan fantasi

ada yang hidupnya hanya rehat dan tiddur dengan selesa

kadangkala ak u bertanya sendirian, apakah yang perlu manusia lakukan sebenarnya untuk memastikan hidupnya bermakna

adakah benar hidup ini hanyalah sekadar lahir ke dunia, kemudian menjadi kanak2, bermain sehingga meningkat dewasa, ke dewan kuliah, kemudian kerja dan akhirnya tua, dan meninggal dunia. adakah berbaloi hidup kita sebegini??

saat itu kujumpai makna hidup ini, ya, hidup ini sebenarnya lebiih bermakna daripada apa yang aku pikirkan, sehinggakan aku rasa walaupun hidup selama 400 tahun, ianya lebih bernilai dan masih tidak mencukupi...begitu banyak kewajipan yang sebenarnya perlu dilakukan.

HIDUPLAH KERANA ISLAM(ALLAH)
ya benar, hidup kita seperti kitaran, kanak2, kemudian remaja kemudia dewasa dan akhirnya meningkat ke usia tua, tetapi penuhilah hari2 kita dengan sentiasa mengingati matlamat utama kita. tidak salah ke dewan kuliah, tidak salah mencari kekayaan, tidak salah ingin mencari pangkat, tetapi semua itu perlulah dicari kerana ingin merealisasikan matlamat kita. buatlah apa saja mengiikut kemampuan kita asalkan hidup kita ini memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada agama kita ini, bukankah kita mencintai allah, jadi apa buktinya, cukupkah sekadar lima waktu itu sebagai tanda cinta, yang kadang kala didalam sujud itu masih terfikir tentang facebooknya, tentang examnya dan sebagainya.

kenapa sahabat sabiqun al-awwalun tetap juga melaksanakan segala suruhan allah walaupun telah dijamin syurga?? kenapa bermati-matian mereka menggadai harta dan nyawa mereka walaupun dosanya yang terkemudian dan terdahulu telahpun diampunkan, jwapannya hanya satu, kerana CINTA.

adakah kita akan melaksanakan solat sekiranya kita tidak diwajibkan dan diberi apa2 ganjaran?, adakah kita tetap akan bangun melaksanakan solat malam dan pergi ke masjid dikala azan subuh berbunyi sekiranya kita tidak diberi apa2? sekiranya soalan ini ditanya kepada para sahabat jawapannya sudah pasti, ya, kalu tidak mengapa mereka bersusah payah menggadaikan harta dan nyawa sedangkan buat atau tidak, mereka tetap juga akan masuk ke syurga.

kerana apa?? kerana mereka terlalu menyayangi agama ini, agama yang telah menyelamatkan mereka daripadda keresahan hidup, menenangkan hati mereka, memberi mereka makna baru dalam hidup, mengajar mereka erti sabar, berlapang dada, uhwah, ihsan sehingga hidup mereka yang dahulunya resah dan gelisah kini hati mereka tetap tersenyum dan puas kendatipun mereka diseksa dan dihina di mata kafir...

tidakkah kita berasa malu dengan mereka, kerana kita dari kecil telah diberi nikmat ini, kerana kita tidak pernah mendekati arak, tidak pernah membunuh nyawa tidak berdosa, namun hati kita tidak pernah berasa puas dan sayang kepada agama ini.

marilah kita berterima kasih kepada agama ini, dengan mempertahankan agama ini dengan sehabis daya kita, supaya anak-anak dan generasi akan datang, dapat menerima agama ini dalam keadaan putih bersih dan tidak dicemari oleh tangan-tangan kita sendiri, sehingga nikmat ini terus dirasai dan dinikmati oleh anak-anak islam kita sehingga kita berjumpa dengan pemilik sebenar agama ini, dan kita mampu utuk memberitahu pemilik itu, kita telah sedaya upaya mempertahankan agama ini tanda terima kasih kita kepadanya dan terhutang budi pada pemilik agama ini dan pemilik kita....wallahua3lam...

Monday, September 19, 2011

INILAH PENAWAR ITU....

Aku pernah terbaca buku yang ditulis oleh s.r.covey dalam prinsipnya yang kedua, iaitu 'first thing first', permulaan ayatnya dimulakan dengan menyuruh pembaca membayangkan saat kematian kemudian memikirkan sekiranya ayah ataupun sahabat kita diminta berucap untuk kematian kita, apakah yang kita mahu mereka katakan tentang kita............

buku kedua yang aku baca ditulis oleh seorang pemberita dari menchester, lupa namanya..beliau menceritakan kisah beliau menemu ramah seorang pesakit kanser yang akan meninggal dunia. di dalam temuramah tersebut, pesakit tersebut memberitahu sedemikian, 'kita terlalu sibuk bekerja sehingga kita lupa mengapa kita bekerja, dan di saat akhir kematian, kita  menyesal dan bertanya pada diri kita, adakah berbaloi apa yang aku lakukan sepanjang hidupku,....................................

tujuan aku menceritakan kisah mereka supaya kita sama2 berfikir dan bermuhasabah kembali tentang apakah matlamat kita.........sekiranya matlamat dilupakan kita seperti ingin pergi ke kelantan dari kuala lumpur kemudian melalui jalan untuk ke perak. kita tidak sedar bahawa usaha yang kita lakukan sia2, sehinggalah kita sampai ke perak dan kita sedar bahawa sepanjang seharian perjalanan kita dengan mengorbankan wang, masa dan tenaga adalah sia2, kita tidak sampai ke destinasi yang kita ingini!!!!

Inilah yang berlaku di seluruh dunia kini, setiap insan merintih dan kehausan!!!!, namun tidak ramai yang mahu meminum air yang memang terhidang di hadapan mata malah terus menelan pil2 menghilangkan dahaga yang diwar-warkan mampu untuk mengubat dahaga kendatipun mereka semakin dahaga dengan menelan ubat tersebut. di us sendiri kadar kes bunuh diri semakin meningkat, dan di jepun mencatatkan peratusan yang paling tinggi.(kalu x silap).

Adakah mereka tidak mempunyai wang?? adakah mereka tidak cukup makanan?? adakah mereka berhutang?? TIDAK. cuma mereka lupa, bahawa mereka adalah makhluk insaniah dan ruhiah. bukan fizikal mereka yang kekurangan, tetapi hati mereka, ruh mereka merintih kebuluran, mengeran kesakitan, derita berpenyakit, namun tetap juga mereka menyuap ruh mereka dengan arak, maksiat dan sebagainya dengan harapan sakit mereka akan hilang.

Pencipta kita tahu dan paham bahawa penyakit ini akan timbul, dan terlebih dahulu Sang Pencipta memberi penawar kepada kita, penawar yang dicari oleh bangsa eropah dan masyarak moden kini. Siapakah yang lebih mujarab ubatnya daripada pencipta kita sendir, sekiranya sebuah robot rosak, benar robot tersebut boleh cuba membaiki dirinya sendir, namun siapakah yang lebih baik ubatnya berbanding yang mencipta itu sendiri...

kembalilah kepada Pencipta kita, itulah ubat yang paling mujarab, amalkanlah segala suruhan dan tinggalkanlah segala larangannya tanpa banyak bantahan. amalkanlah islam secara keseluruhannya dan bukan sebahagian atau sejuzu darinya, ikutilah jejak langkah assabiqun alawwalun kerana mereka adalah sebaik2 model kita. lihatlah apa yang dilakukan oleh rasullullah dan ikutlah jejak langkahnya. itulah penyelesaiannya. walaupun kehidupan di dunia akan menjadi sukar sekalipun nescaya mata kita tidak menangis apabila bertemu Allah nanti untuk dihisab amalan.

sungguh perkara ini sungguh berat untuk dilaksanakan, ya allah, kau kuatkanlah hatiu dan hati kami untuk sentiasa taat kepada perintahmu dan agamamu. sesungguhya kita memang lemah, namun tidak salah untuk kita mencuba selagi termampu, nescaya allah memandang usaha kita walaupun kadangkala kita tergelincir darinya

Kembali kepada fitrah, ya kita mempunyai hati dan akal yang dikurniakan untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. seorang insan mampu merasa jauh di lubuk hatinya kebenaran itu, tetapi bezanya antara yang bertuah dengan yang tidak, apakah yang dilakukan sebaik sahaja fitrah itu cuba mengetuk pintu hati kita. kerana masyarakat arab jahiliah tahu bahawa islam yang dibawa oleh rasullullah itu benar tetapi bezanya antara abu jahal dan umar al-khattab ialah apa yang dilakukannya setelah mendapat kebenaran itu. allahu a3lam

Wednesday, September 7, 2011

ALANGKAH HAIRANNYA...............

 bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ
              Alhamdulillah akhirnya Allah memberi peluang lagi kepada aku untuk mengupdate blog nie............ntahlah tetiba rasa nk post sajak plak, harap dpt sdikit manfaat trutama sajak nie peringatan utk diri sendir yang sentiasa laghro........


ALANGKAH......

Alangkah hairannya,
tika aku melihat........,
islam mekar di senja petang,
tatkala iman tidak lagi bersinar,
harum keindahan bersama keunggulannya,
lenyap diganti kejahilan memperdaya.

Alangkah indahnya,
tika aku mula sedar,
tatkala hidayah mula menjengah,
dikala pancaindera mula menghargai,
betapa indah aqidah dan syariat,
ketika ramai yang masih terlena.

Alangkah sayunya,
dikala hati melihat realiti,
bermatian mereka mengejar mimpi,
demi kenikmatan yang tidak hakiki,
demi kebahagiaan yang masih tidak pasti,
sedang sedar menanti pasti.

Alangkah hairannya,
tika aku meneliti,
manusia haus mencari kebahagiaan,
dalam kebendaan dan kekayaan duniawi,
bagaimana mahu mengecap indah kebahagiaan,
apabila iman tidak lagi dibaja.

Alangkah ruginya,
kiranya aku menutup mata,
tidak tegar melawan hati,
melihat keseronokan yang memperdaya, 
sedang keimanan dan ketaatan,
tetap menjanjikan kenikmatan yang pasti.

Alangkah sukarnya,
memerah peluh dan keringat,
demi menuntut janji yang pasti,
biar diri ini menjadi taruhan demi agamamu.
kerana diri ini tidak mahu yang lena mula selesa,
sehingga islam menjadi mangsa,

Ya allah,
jadikanlah aku orang yang melihat keindahan itu,
jadikanlah aku orang yang mendapat hidayah itu,
jadikanlah aku orang yang menghargai itu,
jadikanlah aku orang yang bahagia itu,
jadikanlah aku orang yang memerah keringat itu.




Tuesday, August 2, 2011

CARILAH TAQWA

 bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ

 "CARILAH TAQWA"

Bila mendengar ungkapan ini, aku terasa ianya lebih dari sekadar ungkapan. sungguh mendalam ertinya untuk diri ini.....

Al-Isra' (17) : 19
وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُوراً
17.19. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu'min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.

Benar, iman dan taqwa itu perlu diusahakan.

Kadangkala kita dengan mudah menyalahkan takdir apabila melakukan sesuatu kesalahan..... tatkala melihat seorang yang beriman, mudah sahaja terlintas di hati kita, "si Ahmad tu memang sikapnya dari kecil lagi begitu. Dia berada dalam keluarga yang saleh, ayahnya ustaz, sebab itulah dia ni baik,"

Namun bagi si Ahmad pula bagaimana?,pernahkah kita Tanya bagaimana pula perasaannya??  Yakinlah, perasaanya sama seperti kita, ya, beliau juga suka untuk menghabiskan masa dengan berhibur, lebih gemar tidur tatkala azan dilaungkan, dan lebih gemar menonton televisyen daripada membaca Al-Quran, lebih suka sekiranya membiarkan sahaja kemungkaran di hadapannya tanpa menegurnya..

Jadi, apakah sebenarnya perbezaan antara Ahmad dengan kita??
Jawapannya ada pada tajuk di atas, ya, dia berusaha mencari taqwa kerana dia sedar bahawa taqwa itulah benda paling penting dalam hidupnya untuk menjadi temannya dan hartanya di dunia dan di akhirat, dia yakin taqwa itu mampu menjaga dan memandunya untuk mendapat keridhaan Sang Pencipta di dunia dan di akhirat.....

            Kita pula bagaimana??

"eish, apa baik sangat nie, malu la, orang kata apa plak nanti",
"eleh, dia nie ape la, buat camtu pun kata x boleh, bukannya dosa besar pun, x open minded la",

(jangan salah faham, taqwa ini bukan aku maksudkan hanya 24 jam di masjid, tetapi taqwa soal hati.maknanya, ketika dirinya berada bersama orang ramai, hatinya masih bersama tuhan)


            Ya, Ahmad sedar itulah tanggapan orang terhadapnya, dan adalah fitrah semua manusia tidak mahu dirinya dibenci oleh manusia lain., Tetapi kerana Ahmad mencari taqwa, dia tetap menjalankan apa yang disarankan oleh Sang Pencipta, kerana dia sedar keredhaan Allah itu lebih besar dari keredhaan manusia, dan dia langsung tidak meminta keredhaan daripada manusia. Sekiranya perbuatannya mendapat keredhaan manusia tetapi mengundang kemarahan Allah, segera dia tinggalkan perbuatan tersebut kendatipun tidak mendapat keredhaan daripada manusia...


            Inilah taqwa sejati, yang dituntut terhadap kita, namun tidak ramai yang mampu melaksanakannya kerana tidak ramai yang benar-benar mahu mencari taqwa, sekadar mengharap taqwa itu akan datang dengan sendiri kepadanya pada masa-masa tertentu, sedarilah bahawa taqwa itu susah untuk dimiliki dan memerlukan mujahadah yang tinggi, carilah taqwa, nescaya taqwa itu dengan hati terbuka hadir untuk kita, wallahu a3lam.
"sesungguhnya telinga aku adalah yang paling dekat dengan mulutku yang menyampaikan"



DIMANA TEMPATKU??

bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ

Ntahlah, setiap kali, hati ini cuba untuk memberitahu aku sesuatu, seolah berbisik kepadaku,"wahai diriku, cukuplah bermalas-malasan", "wahai diriku, usahlah engkau menyakiti dan menzalimi diri ini!!", tetapi saat aku alpa, bisikan-bisikan itu langsung tidak aku ambil peduli, tetap bermalas-malasan, kadangkala aku terfikir seorang diri, mengapa tidak aku berhenti serta merta dari perbuatan-perbuatan lagho dan bermalasan ini, lantas mengambil wudhuk dan membaca al-quran??

Ternyata hati ini sungguh cepat berbolak balik, tatkala sedikit alpa daripada Allah, serta merta hati ini semakin cepat menjauh dariNya, walaupun Sang Pencipta sering sahaja menunggu hambanya untuk dekat dengannya. Malah, menunggu-nuggu taubat hambanya kepadanya kerana kasih sayangnya terhadap diri kita.

Sungguh benar aku bersyukur kerana Sang Pencipta telah menunjukkan aku jalan untuk mendekatkan diri kepadanya, tetapi setiap kali juga aku terkadang lupa untuk mensyukuri nikmat yang diberi sehinggakan timbulnya sikap sambil lewa terhadap perintahmu.........


Timbul persoalan, Bagaimanakah seorang manusia biasa yang mempunyai nafsu seperti aku, mampu untuk tidak tinggal solat malam, apatah lagi solat subuh, seorang manusia seperti aku, sentiasa mengidamkan mati syahid dan sentiasa mengidamkan untuk menunaikan solat subuh................?? Tidak terasa kesakitannya dicabut panah ketika solat lantaran khusyuk, dan sanggup menggadai nyawa demi agama Allah.....dimanakah aku dalam keadaan ini??Alangkah jauhnya diriku daripada kemanisan keimanan manusia yang terdahulu dibawah pimpinan dan madrasah tarbiah daripada Rasullullah sendiri...

Seringkali hati ini menyesal, ya, Menyesal!!  Namun, seketika kemudian, aku tetap melakukan kesilapan yang sama, kadangkala terfikir dimana tempatku di sisi sang pencipta? adakah aku diredhainya ataupun aku dibenci olehnya, sungguh malu diri ini bila mengingatkan kembali amalan-amalan yang dilakukan sungguh sedikit sekali untuk dikatakan sebagai umat islam yang komited dan menjalankan apa yang diperintahkan dan disarankan oleh Allah.......sedangkan amalan yang sedikit itu belum tentu ikhlas dan tidak dipenuhi debu takabur dan riak…….
ingin benar aku menjadi seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam kalamnya iaitu,
Al-Anfal (8) : 2
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
8.2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya betambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Al-Isra' (17) : 109
وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعاً
17.109. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.

Tatkala mengiangati ayat ini, terasa sungguh bertuah kiranya ayat ini Sang Pencipta tujukan untuk diriku, namun adakah apa yang dicirikan oleh Sang Pencipta itu ada pada diriku, aku sendiri sangsi untuk memberi jawapan terhadap persoalan di atas………………




Saturday, July 16, 2011

Benarkah kita terbaik??


bismillah...
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu.." –SQ
 Fitrah manusia memang inginkan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, sehinggakan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya, sehingga sekiranya ahli sukan, mereka sanggup menggunakan dadah semata-mata untuk memenangi perlawanan walaupun dia mengerti bahawa perbuatannya sangat membahayakan dirinya, sekiranya pekerja pula, sanggup menerima rasuah demi mendapatkan kekayaan lebih daripada rakan sekerjanya yang lain........
Adakah fitrah itu bersalah?? tidak!! sama sekali fitrah itu tidak salah, malah ia adalah satu anugerah yang sangat berharga oleh Sang Pencipta buat hambanya yang sangat dikasihinya. namun yang menjadi kesalahannya, fitrah tersebut tidak dipandu oleh panduan yang memang telah disertakan bersamanya tatkala seseorang manusia lahir ke dunia........ya, buku panduan yang langsung tidak kejam, mengikut naluri manusia, melayani segala kehendak insan, teliti membangun bersama umur insan, sabar melayani kerenah mereka, iaitu
Al-quran dan As-sunnah....,
Al-Kahf (18) : 88
وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُ جَزَاء الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْراً
18.88. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami".


Sekiranya mahu menjadi yang terbaik, mengapa kita tidak pernah berkeinginan untuk menjadi individu muslim yang terbaik dan mendapat pahala yang terbaik??mengapa kita tidak pernah berusaha untuk mendapat gelaran dan pangkat Insan yang paling mulia di sisi Allah taala......alasan yang diberi cukup mudah, "alah, Allah tak bagi hidayah untuk aku bersedekah, tu yang tak sedekah tu...", "engkau tak pelah baik, dari kecik hidup dalam biah islamiah, aku x, dari kecik sekolah menengah biase je",

            Adakah kita pernah cuba untuk betul-betul mengikut apa yang disarankan di dalam Al-quran?? adakah kita benar-benar bertekad untuk menyedekahkan harta kita sebanyak paling kurang Rm5 pada pagi ini setelah membaca entri ini?.....adakah sebaik sahaja kita bangkit daripada tidur hari ini, kita bertekad untuk menghabiskan paling kurang membaca sehelai dan ingin mengamalkan segala ayat yang terkandung di dalamnya?? berzikir sekurang-kurangnya seratus kali sebelum tibanya malam? tengoklah apa jawapan hati........

            Alangkah ruginya sekirnya kita bangkit daripada tidur, apa yang difikirkan hanyalah apa yang perlu aku lakukan pada hari ini untuk mengisi perut aku??, apa yang perlu aku lakukan untuk menambah kekayaan aku, apa yang perlu aku lakukan untuk kelihatan segak pada hari ini? tidaklah perkara seperti ini salah, tetapi ada yang perlu didahulukan sebelum ini semua, seperti salah satu fasal(ayat) daripada perlembagaan(al-quran), berfirman

Al-Qasas (28) : 77
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
28.77. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni'matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.

            Lihat sahaja bagaimana begitu indah Sang Pencipta menyusun pesanannya dan      Perintahnya kepada kita supaya carilah dahulu negeri akhirat, namun Allah lebih mengetahui apa yang diciptanya bahawa manusia itu memang gemar kepada dunia, maka Allah tidak pernah menuntut hakNya kemudian mengabaikan hak kita, dengan kasihnya menyarankan kita supaya tidak melupai duniawi, mencari duniawi, malah diberi pahala lagi olehNya....

            Siapakah yang lebih zalim sekiranya seorang majikan menugaskan supaya pekerjanya supaya mengangkat beras, kemudian dia bebas untuk memakan makanan yang terdapat di atas meja majikannya, tetapi pekerja tersebut dengan angkuh dan sombong lalu dihadapan majikannya lantas memakan segala makanan yang terdapat di situ, lalu berlalu pergi......malah lebih teruk, sekiranya mukanya langsung tidak menunjukkan bibit penyesalan dan rasa bersalah terhadap majikannya........
Al-Isra' (17) : 19
وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُوراً
17.19. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu'min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.

            Percaya dan yakinlah, sekiranya pekerja itu membuat kerja dengan bersungguh-sungguh dan hanya mengharapkan untuk menjadi pekerja yang paling baik demi sayangnya kepada majikannya, makanan yang akan dia perolehi daripada majikannya lebih banyak daripada orang yang gopoh untuk memakan makanan tersebut tanpa langsung berusaha untuk bekerja buat majikannya.....
Al-Baqarah (2) : 245
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
2.245. Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

Indah bukan?? fikir-fikirkanlah.......
"sesungguhnya telinga aku adalah yang paling dekat dengan mulutku yang menyampaikan"